CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Genting Malaysia rancang satu lagi pemotongan gaji pekerja

3-3-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1969| Komen: 5

Description: Genting Malaysia, unit kepada konglomerat Genting Bhd yang dikuasai oleh hartawan Tan Sri Lim Kok Thay, meminta sebahagian pekerja bersetuju pemotongan sementara antara 15 hingga 20 peratus gaji asas ...



Genting Malaysia, unit kepada konglomerat Genting Bhd yang dikuasai oleh hartawan Tan Sri Lim Kok Thay, meminta sebahagian pekerja bersetuju pemotongan sementara antara 15 hingga 20 peratus gaji asas berdasarkan jawatan masing-masing, menurut satu memo dalaman bertarikh 1 Mac yang dilihat oleh Bloomberg News.

Beberapa pekerja lagi diminta mengambil cuti tanpa gaji sehari dalam masa seminggu.

Pemotongan itu akan berkuatkuasa sehingga Mei, menurut memo berkenaan.

Pengurusan kanan secara sukarela telah bersetuju untuk melepaskan 20 peratus gaji mereka sepanjang tempoh sama, katanya.

Ini kali kedua sejak permulaan pandemik, Genting terpaksa memotong gaji kakitangannya.


April tahun lalu, konglomerat yang diterajui syarikat induknya mengumumkan pemotongan gaji merentasi kumpulan buat kali pertama sejak penubuhannya pada 1965, selepas pandemik menjejaskan operasi kasino, kapal pelayaran dan resort milik.

Wakil daripada Genting Malaysia tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan bagi mendapatkan kenyataan.

Sekatan pergerakan dan penutupan sempadan untuk membendung penularan COVID-19 memaksa kumpulan menutup sekali lagi operasinya pada 22 Januari lalu.

Trafik pelancong ke resort di atas pergunungan Pahang itu berkemungkinan kekal rendah walaupun selepas bermulanya pelaksanaan program vaksinasi baru-baru ini, menurut memo berkenaan.

Sumber -Bloomberg

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 3-3-2021 12:05 PM
judi merosakkan kewangan

arak merosakkan badan

homoseks merosakkan dubur
Quote CARI-HBZ 3-3-2021 12:30 PM





Genting Malaysia, unit kepada konglomerat Genting Bhd yang dikuasai oleh hartawan Tan Sri Lim Kok Thay, meminta sebahagian pekerja bersetuju pemotongan sementara antara 15 hingga 20 peratus gaji asas berdasarkan jawatan masing-masing, menurut satu memo dalaman bertarikh 1 Mac yang dilihat oleh Bloomberg News.


Beberapa pekerja lagi diminta mengambil cuti tanpa gaji sehari dalam masa seminggu.


Pemotongan itu akan berkuatkuasa sehingga Mei, menurut memo berkenaan.


Pengurusan kanan secara sukarela telah bersetuju untuk melepaskan 20 peratus gaji mereka sepanjang tempoh sama, katanya.


Ini kali kedua sejak permulaan pandemik, Genting terpaksa memotong gaji kakitangannya.


April tahun lalu, konglomerat yang diterajui syarikat induknya mengumumkan pemotongan gaji merentasi kumpulan buat kali pertama sejak penubuhannya pada 1965, selepas pandemik menjejaskan operasi kasino, kapal pelayaran dan resort milik.


Wakil daripada Genting Malaysia tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan bagi mendapatkan kenyataan.


Sekatan pergerakan dan penutupan sempadan untuk membendung penularan COVID-19 memaksa kumpulan menutup sekali lagi operasinya pada 22 Januari lalu.


Trafik pelancong ke resort di atas pergunungan Pahang itu berkemungkinan kekal rendah walaupun selepas bermulanya pelaksanaan program vaksinasi baru-baru ini, menurut memo berkenaan.


Sumber -Bloomberg
Quote Tinot7 3-3-2021 12:32 PM
tak voley rentas negeri lagi wooo.... sbb tu la...

Trafik pelancong ke resort di atas pergunungan Pahang itu berkemungkinan kekal rendah walaupun selepas bermulanya pelaksanaan program vaksinasi baru-baru ini, menurut memo berkenaan.
Quote lavendernovella 3-3-2021 01:34 PM
I wonder jin2 judi tu kena potong gaji ker idok... hahaha
Quote Redmyvi 3-3-2021 02:43 PM
Ramai dah tu ketat2 tgn nk naik genting nk berjimba2 smbil baling dadu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.246614 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top