CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dewi Perssik Tawar Habuan RM23,400 Buktikan Dirinya Perampas Kelas Atasan

2-3-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2540| Komen: 3

Penyanyi dangdut dari Indonesia, Dewi Perssik meluahkan rasa berang apabila dituduh sebagai perampas suami orang, baru-baru ini.

Kesal dengan fitnah itu, Dewi berkata komen buruk yang ditulis netizen di media sosial itu memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita, lapor Liputan6.



Kredit foto: IG Dewi

Justeru, penyanyi lagu Indah Pada Waktunya ini berkata, dia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menawarkan ganjaran 100 juta Rupiah (RM23,400) untuk mereka yang berjaya membuktikan mengenai perkara itu.

"Ini akaun-akaun yang kata saya pelakor (perampas) kelas atasan... awas ya kalau kalian tak dapat buktikan.

"Suami siapa yang saya sedang bercinta itu? Cuba buktikan dahulu. Saya beri 100 juta Rupiah jika saya perampas!" katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.



Sebelum itu, Dewi berkongsi paparan skrin sembilan akaun Instagram individu yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Perkongsian Dewi itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman tersebut.


Kredit foto: IG Dewi

Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan meminta netizen berfikir sebelum menulis sebarang komen yang boleh mendorong fitnah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-3-2021 10:25 AM
Zaman kegemilangannya dah makin pudar seiring dengan bangkitnya artis generasi baru yang lebih diminati oleh orang muda sekarang.  Perlu satu isu hangat untuk tarik perhatian ramai semula.
Quote jihah_kudat 12-3-2021 04:22 PM

dewi  persikk ni kalo bab gadoh memang champion..
pernah tengok dekat utube kes gaduh dengan ank sedara dia ..
betul kaw2 dia nganjing anak sedara dia..
so selamat la ya diucapkan
Quote haifawehbe 15-3-2021 08:52 PM
teringat dia gaduh dgn arwah jupe.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.029337 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top