CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kali pertama buat bekam, foto The Rock dipenuhi komen ‘sunnah Rasulullah’

6-3-2021 01:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3738| Komen: 14|Original author: piao

Description: Kali pertama buat bekam, foto The Rock dipenuhi komen ‘sunnah Rasulullah’ Kaedah bekam bukan perkara asing untuk masyarakat di negara ini. Ia menjadi salah satu rawatan alternatif dalam mengubati .. ...
 


Kaedah bekam bukan perkara asing untuk masyarakat di negara ini. Ia menjadi salah satu rawatan alternatif dalam mengubati pelbagai penyakit dengan membabitkan proses membuang darah bertoksik daripada permukaan kulit.




Terbaru, tindakan ahli gusti dan selebriti Amerika Syarikat, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai ‘The Rock’ melakukan rawatan bekam menarik perhatian pengikutnya di Instagram.


Menerusi sebuah posting, figura yang dikenali sebagai ‘The Rock’ itu berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan tersebut.

“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.

Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.



“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya dengan baik,” katanya.

Posting tersebut dihujani komen segelintir umat Islam serata dunia yang menyatakan bahawa bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW dan sahabat baginda.

Ia sunnah dalam Islam



Teknik perubatan Rasulullah




Bagaimanapun, kaedah tersebut sudah semakin meluas terutama di pusat rawatan kecantikan atau kesihatan tanpa mengira bangsa yang telah mencuba bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin.


Sumber: Instagram The Rock



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 4-3-2021 01:21 PM
if you smellllllllllllllllllllllllll

what the rock

is

cooking
Quote KIM.K 4-3-2021 01:29 PM
gedik la muslimun oi
Quote piao 4-3-2021 01:45 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 01:21 PM
if you smellllllllllllllllllllllllll

what the rock


Quote Redmyvi 4-3-2021 01:45 PM
paha dia omaigod scary..
Quote rajamoney 4-3-2021 01:51 PM

bior la

the rock ni baik orangnya

satu dunia suka dan syg ngn dia

dia pertimbangkan

akn bertanding jd presiden usa

one man can change the world
Quote Perawankota 6-3-2021 04:11 AM
Masa dia main wrestling x der lah hensem, makin tua baru makin hensem
Quote KakakGoyang1 6-3-2021 07:19 AM
Suka betul tgk dia layan anak2 dia
Quote sehirkedi 6-3-2021 07:33 AM
Edited by sehirkedi at 6-3-2021 08:01 AM

The Rock ni pedo.

[youtube]PQjN4cR2PpM[/youtube]

[youtube]eYzCln0rNNk[/youtube]
Quote helicornia 6-3-2021 08:19 AM
serabut la komen2 tu sume
Quote LadyCarefree 6-3-2021 09:35 AM
helicornia: serabut la komen2 tu sume



Antara sebab org rimas dgn moslems
Quote Adrif 6-3-2021 02:02 PM
orang ada masalah darah,

macam anaemia, (tekanan darah rendah)
hypertension, (darah tinggi)
darah pekat,
darah cair,

apa2 jenis darah la
boleh ke berbekam ni?
ke sama macam derma darah syaratnya?
Quote swateng1 8-3-2021 10:32 AM
Adrif replied at 6-3-2021 02:02 PM
orang ada masalah darah,

macam anaemia, (tekanan darah rendah)

kalau orang yang ada masalah hypertension, takdak masalah untuk berbekam. berbekam boleh menurunkan tekanan darah tinggi. i sendiri pernah cuba rawatan berbekam sebab masa tu tekanan darah takmau turun lansung. sebab bila kita berbekam, actually kita rasa calm and relax.
Quote Adrif 8-3-2021 10:38 AM
swateng1 replied at 8-3-2021 10:32 AM
kalau orang yang ada masalah hypertension, takdak masalah untuk berbekam. berbekam boleh menurunka ...

terima kasih reply. cadangnya nak bawa mak ayah nanti. darah tinggi tak turun-turun
Quote syaz_lina 8-3-2021 11:20 AM
Bagus la share info tu sunnah nabi.
Tapi kalau dah mencapub 100kali ulang, meluat pulak nengok

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067899 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top