CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Gay Disebat Hampir 80 Kali

29-1-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3439| Komen: 11

Sepasang kekasih gay disebat hampir 80 kali selepas didakwa melakukan hubungan songsang di Aceh, Indonesia.

Ketika hukuman dilaksanakan, mereka yang menyalahi undang-undang Islam Aceh itu merayu hukuman dihentikan kerana tidak dapat menahan kesakitan.



Kredit foto: AP

Justeru, hukuman dihentikan seketika dan dua lelaki berusia 20-an itu dibenarkan minum air sebelum hukuman diteruskan.

"Hukuman syariah adalah muktamad, tanpa mengira siapa pesalahnya.

"Pelawat juga perlu menghormati undang-undang tempatan," kata Pegawai hukuman awam, Heru Triwijanarko.


Kredit foto: AFP


Harian Metro melaporkan, pasangan terbabit ditahan pada November lalu di rumah sewa di mana pemilik kediaman menemui mereka separuh bogel di dalam bilik.

Difahamkan, Aceh menjadi satu-satunya wilayah yang melaksanakan hukuman syariah bagi kesalahan hubungan sejenis di Indonesia termasuk berjudi, minum alkohol dan zina.

Walaupun disifatkan kejam dan pernah diminta hukuman itu dihentikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo, namun penduduk Aceh memberi sokongan padu terhadap pelaksanaannya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 28-1-2021 10:08 PM
Berharap gang lobai dalam lemari @Churchill  tidak terkantoi sehingga terpaksa di hukum seperti ini!
Quote Churchill 28-1-2021 10:12 PM
astaghfirullahalazim

churchill difitnah dajjal oleh saudara fother-mucker sebagai seorang lgbt

adakah fother-mucker menyindir rakan seperjuangannya seperti @Maideen. @kakikuDibibirmu dan juga @Orix  yang sering membela ummah lgbt secara terangan

semoga Yang Maha Adil melaknat hidup saudara fother-mucker yang memfitnah diri churchill ini

Amin.

Quote Ain_h 29-1-2021 12:07 PM
Tpi ni memang sepatutnya buat kam
Quote rogayahtop 29-1-2021 03:21 PM
Kalau buat kat malaysia, tak menang tangan tukang rotan lmaooo.
Quote Dwdrum 29-1-2021 03:24 PM
Sudah banyak tahun acheh buat public shaming.. Canning gay.... Kata nya untuk mengajar supaya tidak jadi gay... But so far..... Result hauk... More likely untuk tunjuk sadistic side ummah hetero terhadap golongan lgbt....
Quote tripleid 29-1-2021 03:36 PM
sebulan sekali mesti dgr berita mcm ni kat aceh..mcm xde kesan jer
Quote nolya 29-1-2021 09:36 PM
tripleid replied at 29-1-2021 03:36 PM
sebulan sekali mesti dgr berita mcm ni kat aceh..mcm xde kesan jer

Tau kenapa?  Jelas rasukan syaitan itu lebih marak dn hebat drp rayuan iman.
Quote Noraniza_Iblis 30-1-2021 10:51 AM
helokkk pelakunye pun....
Quote dargo 19-2-2021 08:15 PM
Dwdrum replied at 29-1-2021 03:24 PM
Sudah banyak tahun acheh buat public shaming.. Canning gay.... Kata nya untuk mengajar supaya tidak  ...

kalau takde Hudud lagi teruk nyah
Quote hazzium 14-3-2021 07:52 PM
Semoga hukum hudud dilaksanakan di negara kita
Quote namr 14-3-2021 07:58 PM
Kalo buat kat sini mau tukang sebat yang surrender

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045053 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top