CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam Mana Nak Hentikan FB Dari 'Stalk', Siar Carian Google Kita?

29-1-2021 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2727| Komen: 7

Description: Pernahkah satu ketika anda selepas anda membuat carian tentang suatu barangan, anda akan menyedari terdapat banyak iklan yang berkaitan barangan anda cari itu muncul di laman Facebook?
Gambar hiasan


Pernahkah satu ketika anda selepas anda membuat carian tentang suatu barangan, anda akan menyedari terdapat banyak iklan yang berkaitan barangan anda cari itu muncul di laman Facebook?

Ia merupakan satu fungsi Facebook yang dikenali sebagai ‘Off-Facebook Activity’.

‘Off-Facebook Activity’ atau ‘Aktiviti Luar Facebook’ adalah ringkasan aktiviti yang dikongsi oleh perniagaan dan organisasi kepada syarikat Facebook, mengenai interaksi pengguna, seperti mengunjungi aplikasi atau laman web mereka.



Syarikat atau organisasi ini menggunakan ‘Business Tool’ seperti Facebook Login atau Facebook Pixel, untuk berkongsi maklumat pengguna mereka kepada Facebook. Dari situ, Facebook boleh mencadangkan iklan, group dan page yang bersesuaian dengan minat pengguna, berdasarkan apa yang dicari.


Pendek kata, Facebook tahu apa yang anda lakukan semasa anda tidak menggunakan aplikasinya, bagi tujuan bisnes dan promosi.



Meskipun Facebook mengakui fungsi ini tidak membahayakan data peribadi pengguna, ramai yang risau akan privasi dan keselamatan diri. Justeru, bagi menutup fungsi ‘Off Facebook Activity’ ini, berikut adalah caranya:



1. Klik pada Setting & Privacy > Settings.
2. Klik ‘Your Facebook Information’
3. Klik ‘Off-Facebook Activity’ untuk melihat aplikasi apa yang sedang/telah dikongsikan bersama Facebook.
4. Klik More Option > Manage Future Activity > Tutupkan fungsi ‘Future off-Facebook Activity’
5. Selesai.


Sumber: Era.je

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-1-2021 12:08 PM
makasih untuk infonya yach dah buat..
Quote Churchill 29-1-2021 12:17 PM
hyie replied at 29-1-2021 12:08 PM
makasih untuk infonya yach  dah buat..

mesti kaka suka tengok tumblr gambar artis dan burung-burung lemas mereka bukan?

prfffffffffffffffffffffffffffffffffffght


Quote HuoJingJue 29-1-2021 12:18 PM
good sidenya, berderu promote boxer kt page FB ko..hahaha
Quote hyie 29-1-2021 12:39 PM
Churchill replied at 29-1-2021 12:17 PM
mesti kaka suka tengok tumblr gambar artis dan burung-burung lemas mereka bukan?

prfffffffff ...

tumblr wujud lagi ke sisthur? so yesterday lah chuols...orang skang tengok kat twitter je berlambak kalau nak la kahkah...biasa kalau usha2 barang kat lazada shopee kan mesti lepas tu akan keluar kat fb...nak2 barang yang masuk kat troli tapi tak bayar lagi...menggugat iman betul lah
Quote Churchill 29-1-2021 12:44 PM
hyie replied at 29-1-2021 12:39 PM
tumblr wujud lagi ke sisthur?  so yesterday lah chuols...orang skang tengok kat twitter je berla ...

benarkah begitu

maklumlah churchill ini suci orangnya

churchill pun tidak pernah lihat benda-benda tidak senonoh dan lucah itu

semoga Yang Maha Kuasa kuatkan iman churchill dan tidak menjadi seperti kaka hyie dan rakan-rakannya yang sewaktu perangainya

Amin


Quote salmon-suki 29-1-2021 02:01 PM
Kalau aiolzs x login pn fb akan detect jgk ke?hihihi~

Tgk duk bertenggek ngata sogaybewak 24jam..kekeke~{:smile
Quote Ain_h 29-1-2021 06:51 PM
Tq for the info

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046264 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top