CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jarang 'Upload' Selalu Turun Padang Hulur Sumbangan, Adi Putra Takut Dikata Riyak

29-1-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2932| Komen: 13

Description: Pandemik Covid-19 menyebabkan ada segelintir masyarakat yang terpaksa berdepan kesusahan hidup berikutan hilang mata pencarian dan sumber pendapatan.
Pandemik Covid-19 menyebabkan ada segelintir masyarakat yang terpaksa berdepan kesusahan hidup berikutan hilang mata pencarian dan sumber pendapatan.

Simpati dengan nasib yang menimpa mereka, pelakon Datuk Adi Putra bersama pasukannya giat turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi pertubuhan amal Jai The Legend.




Kata Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 40, bantuan itu disalurkan secara terus kepada penerima hasil sumbangan beberapa organisasi dan individu persendirian.

"Program bantuan yang kami jalankan sejak tahun lalu masih diteruskan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Saya dan beberapa kakitangan sentiasa turun padang menyalurkan bantuan sewajarnya kepada masyarakat. Alhamdulillah, dalam masa sama ramai juga yang menyumbang.

"Kita tak pernah meletakkan KPI berapa nilai bantuan setiap bulan, ada yang memerlukan bantuan dalam bentuk wang tunai dan ada juga yang perlu bantuan dalam bentuk barangan kegunaan harian... semuanya kami cuba bantu sedaya mungkin," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG Adi Putra

Sementara itu, pelakon filem KL Gangster ini berkata dia jarang memuat naik perkongsian mengenai program bantuan di media sosial kerana bimbang dengan penerimaan netizen.

"Banyak tempat kita pergi... ada yang saya upload di media sosial, ada yang saya tak post sebab nanti kalau banyak sangat orang kata riyak pula.

"Jadi bagi saya itu cara masing-masinglah! Dalam keadaan sekarang ini apa yang boleh bantu kita bantu... kita semua sedang melalui satu fasa ujian yang kita tak pernah lalui sebelum ini," ujarnya yang bakal menerbitkan filem amal berjudul Syaaban.

Bercakap mengenai karier lakonan, Adi bakal muncul dalam drama terbaharu, Aku Yang Kau Gelar Isteri yang akan bersiaran dalam slot Samarinda (TV3) bermula 17 Februari ini.

Selain Adi, drama arahan Shuhaimi Lua ini turut dibintangi oleh Nadia Brian, Lana Nodin dan Sharifah Sakinah.


Sumber: mStar

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-1-2021 12:58 PM
Hot jugak dia ni
Quote zaraaqilah 29-1-2021 01:00 PM

bukan hot jerrrr...mmg damn hot mamat ni...
Quote Nana_Man 29-1-2021 01:12 PM
Kurex replied at 29-1-2021 12:58 PM
Hot jugak dia ni

Dari dulu dia memang hot...
Quote bakingsoda 29-1-2021 01:24 PM
takpe kalau sumbangan tu hasil duit orang ramai jugak, senyap terus kang orang ingat scam pulak
Quote buragazz 29-1-2021 01:46 PM
gambau 1st tu membuatkan aku teringat burung2 yang beterbangan satu ketika dahulu.. erkkk..
Quote arwenlotr 29-1-2021 03:03 PM
Riyak-riak
Quote slyfynx 29-1-2021 03:07 PM
Salam.
Ejaan dalam Kamus DBP - riak.
Riyak ni kata ejaan asal dan bunyi asal dari bahasa arab. رياق
Ejaan ruminye riak.

BTW, xmo riak tp post pulak, and cerita jg. So?
Quote Adrif 29-1-2021 03:37 PM
eh? dah Datuk??
kakitangan? dia ada company sendiri ke??

lost
Quote Kurex 29-1-2021 03:52 PM
Nana_Man replied at 29-1-2021 01:12 PM
Dari dulu dia memang hot...

memang dari dulu dia hot... tapi tak mcm laki lain, makin tua makin kepam. tapi zul ripin tetap nombor wahid
Quote Ain_h 29-1-2021 03:52 PM
Betul lah tuh Hak dia
Quote Nana_Man 29-1-2021 04:04 PM
Kurex replied at 29-1-2021 03:52 PM
memang dari dulu dia hot... tapi tak mcm laki lain, makin tua makin kepam. tapi zul ripin tetap no ...

Itu sudah pasti.... hahaha
Quote cempakaa 30-1-2021 12:30 AM
Lama menyepi ya
Quote biozipstar 1-2-2021 07:10 PM
moga cerita baru best

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058646 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top