CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kluster Prasekolah Di Labuan

29-1-2021 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2573| Komen: 7

Description: Kluster Covid-19 terbaharu di Labuan dikesan berpunca daripada sebuah prasekolah Islam swasta di Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai, Kampung Sungai Buton, kata Pengarah Jabatan kesihatan Labua ...
Kluster Covid-19 terbaharu di Labuan dikesan berpunca daripada sebuah prasekolah Islam swasta di Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai, Kampung Sungai Buton, kata Pengarah Jabatan kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.


Beliau berkata kluster Taman Mahkota Impian pada mulanya melibatkan tujuh kes, sebelum meningkat kepada 20 disahkan positif menerusi ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR).


Gambar hiasan/Borneo Today

Bernama difahamkan bahawa pusat prasekolah di rumah satu tingkat itu telah dibuka semula dari 20 hingga 23 Januari untuk pembelajaran secara bersemuka, namun ia diarah ditutup dari 26 hingga 30 Januari ini untuk proses sanitasi.

Dr Ismuni berkata seorang guru berumur 26 tahun dengan sejarah perjalanan ke Sabah merupakan kes indeks dalam kluster itu.

Kes indeks itu disahkan positif pada 28 Jan, dan ia mulai menjangkiti enam lagi individu yang terdiri daripada guru dan pelajar.


Beliau berkata, lebih 200 individu dari kluster ini telah menjalani ujian PCR sejak 22 Jan dan masih menunggu keputusan mereka.

“Kita jangka jangkitan daripada kluster ini akan melonjak disebabkan jumlah tinggi kontak rapat kes-kes positif. Kita memang berharap untuk mengawal jangkitan, tapi akhirnya ia bergantung kepada kerjasama daripada kontak rapat,” katanya kepada Bernama.

Labuan mencatatkan 2,089 kes positif sehingga kini, dengan tiga kluster aktif yang terdiri daripada kluster Hujung Pasir, Jalan Mohammed Salleh (Institut Latihan Perindustrian) dan Taman Mahkota Impian. 


Sumber: ProjekMM, Bernama

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 29-1-2021 07:27 PM
Oh nooooooooo!!! T_T
Quote Nana_Man 29-1-2021 07:34 PM
Oh no......
Quote lattehazelnut 29-1-2021 07:41 PM
Kesiannye kecik2 kuarantin sorg2 nnti
Quote doubleA 29-1-2021 07:53 PM
Paling scary. Sian budak kecik
Quote Suchi 29-1-2021 08:08 PM
Adoi risau plak anak iols pun dah start sekolah tadika sejak 20hb tu.

Quote faraway1 29-1-2021 09:47 PM
Kat sini tetiap hari hantar anak kat playschool.

Masuk basuh tangan, pakai mask, key in password rahsia, masuk sekolah, cikgu tanya

Ada demam
Ada contact dengan sesapa
Ada ini
Ada itu

Banyak gila soalan, lepas tu baru ambil anak..

Syukur masih tiada case covid kat situ sejak playschool dibuka semula may tahun lepas.

Berdoa selalu semoga tiada kes kat situ..



Quote sarahmirza 29-1-2021 10:03 PM
Edited by sarahmirza at 29-1-2021 10:04 PM
lattehazelnut replied at 29-1-2021 07:41 PM
Kesiannye kecik2 kuarantin sorg2 nnti


Mmg sendiri2 ke kuarantin budak2 ni?
Dah macam taska la pulak nnt frontliner nak kena jaga macam2 karenah...

Member cerita tak tau la sumber dia dr mana... Yg mild simptom skrf dibenarkan kuarantin kat rumah sendiri... Officemate pun ada bg tau kawan kakak dia.positif covid tp takde simptom cuma disuruh kuarantin kat rumah je..

Kalau yg betul2 patuh takde masalah...
Yang risaunya yang nak juga keluar rumah sbb desakan hidup..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046745 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top