CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerat Bini Dengan Syabu Supaya Ditahan Polis Sebab 'Sayang'

29-1-2021 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2364| Komen: 6

Description: Gara-gara tidak mahu bercerai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menganiaya isterinya dengan menggunakan dadah.
Gara-gara tidak mahu bercerai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menganiaya isterinya dengan menggunakan dadah.

Lelaki itu, meletakkan syabu pada motosikal digunakan isterinya itu supaya wanita itu ditahan pihak berkuasa.



Gambar hiasan

Namun, tembelang lelaki berusia 30 tahun itu terbongkar selepas siasatan polis tidak menemui bukti mengaitkan bahan terlarang itu adalah milik wanita terbabit.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Wonokromo, Arie Pranoto berkata, siasatan polis seterusnya beralih kepada suspek yang berasal dari Kedung Tarukan, Surabaya itu.

"Wanita itu mencurigai gelagat suaminya yang pernah mengancam dirinya kerana mahu bercerai.

"Tidak dapat terima isterinya meminta cerai, suspek mencari cara untuk membuatkan isterinya supaya ditahan polis.

"Suspek akhirnya mengaku selepas kami menemui bukti perbualannya mengenai transaksi pembelian syabu menerusi telefon bimbitnya," katanya dalam portal Kompas.com.


Katanya, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut. Selain itu, polis masih memburu pengedar dadah yang menjual syabu seberat 0.25 gram dengan nilai 150,000 rupiah (RM43) kepada suspek.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 29-1-2021 06:28 PM
Kalau dah wife masuk penjara, 'bercerai' juga.
Quote Ain_h 29-1-2021 06:50 PM
Hmmm semoga baik baik saja
Quote Supersirap 29-1-2021 09:23 PM
Kenapa lah si lelaki itu sangat cetek pemikirannya
Quote ikanmasin 29-1-2021 09:29 PM
nak kenekan si isteri padan muka kantoi ko yg berniat jahat kan.mendapat lah
Quote nanies 30-1-2021 11:30 AM
baghal.. bini kena masuk lokap, ko puas hati la, gitu?
Quote unicornlady 14-3-2021 01:24 PM
Aduhai macam2 eh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044881 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top