CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2337|Reply: 11

[Dunia] Pasangan gay lakukan hubungan seks dihukum sebat di Aceh

[Copy link]
Post time 28-1-2021 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-1-2021 05:51 AM

Pasangan gay lakukan hubungan seks dihukum sebat di Aceh

Januari 28, 2021 @ 12:45pm

Salah seorang tertuduh disebat di khalayak ramai atas kesalahan melakukan hubungan seks sejenis di Aceh, Indonesia. - Foto EPA



BANDA ACEH: Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di wilayah konservatif Aceh, Indonesia hari ini kerana melakukan hubungan seks sejenis.

Dua lelaki masing-masing dikenakan hampir 80 sebatan kerana melakukan hubungan seks sejenis, perbuatan yang melanggar peraturan di Aceh mengikut undang-undang Syariah.

Pasangan yang tidak dinamakan itu dilihat menahan kesakitan dan merayu sebatan dihentikan, ketika pegawai syariah bertopeng menjalankan hukuman menggunakan rotan.
Hukuman itu dihentikan seketika dan kedua-dua lelaki itu berusia 20-an itu diberikan air minuman sebelum sebatan disambung.


Ibu kepada seorang lelaki itu pengsan ketika melihat anaknya menjalani hukuman berkenaan.
Pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko, memberitahu AFP bahawa penguatkuasaan Syariah Islam adalah muktamad tanpa mengira siapa individu itu, malah pengunjung juga perlu menghormati norma penduduk tempatan.

Pasangan lelaki itu ditahan pada November tahun lalu di sebuah rumah sewa, apabila tuan rumah menemui kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel dalam bilik mereka.

Seks sejenis tidak menyalahi undang-undang di kawasan lain di Indonesia kecuali Aceh, yang juga satu-satunya wilayah di negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia melaksanakan undang-undang Syariah.

Hukuman sebat di khalayak ramai adalah perkara biasa di Aceh dan ia dijatuhkan terhadap pelbagai kesalahan, termasuklah berjudi, minum arak serta berzina. Empat lagi individu berusia antara 17 dan 40 tahun, turut dikenakan hukuman sebat pada hari sama, atas dakwaan minum arak atau bertemu pasangan berlainan jantina.

Kumpulan hak asasi manusia menyelar hukuman sebat di khalayak ramai dan menyifatkannya sebagai kejam manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo, menggesa ia dihentikan dan kebanyakan rakyat Aceh menyokongnya. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/01/780823/pasangan-gay-lakukan-hubungan-seks-dihukum-sebat-di-aceh




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2021 10:08 PM | Show all posts
Berharap gang lobai dalam lemari @Churchill  tidak terkantoi sehingga terpaksa di hukum seperti ini!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 10:12 PM | Show all posts
astaghfirullahalazim

churchill difitnah dajjal oleh saudara fother-mucker sebagai seorang lgbt

adakah fother-mucker menyindir rakan seperjuangannya seperti @Maideen. @kakikuDibibirmu dan juga @Orix  yang sering membela ummah lgbt secara terangan

semoga Yang Maha Adil melaknat hidup saudara fother-mucker yang memfitnah diri churchill ini

Amin.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tpi ni memang sepatutnya buat kam
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat kat malaysia, tak menang tangan tukang rotan lmaooo.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah banyak tahun acheh buat public shaming.. Canning gay.... Kata nya untuk mengajar supaya tidak jadi gay... But so far..... Result hauk... More likely untuk tunjuk sadistic side ummah hetero terhadap golongan lgbt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2021 03:36 PM | Show all posts
sebulan sekali mesti dgr berita mcm ni kat aceh..mcm xde kesan jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 09:36 PM | Show all posts
tripleid replied at 29-1-2021 03:36 PM
sebulan sekali mesti dgr berita mcm ni kat aceh..mcm xde kesan jer

Tau kenapa?  Jelas rasukan syaitan itu lebih marak dn hebat drp rayuan iman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 10:51 AM | Show all posts
helokkk pelakunye pun....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 08:15 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 29-1-2021 03:24 PM
Sudah banyak tahun acheh buat public shaming.. Canning gay.... Kata nya untuk mengajar supaya tidak  ...

kalau takde Hudud lagi teruk nyah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga hukum hudud dilaksanakan di negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo buat kat sini mau tukang sebat yang surrender
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045433 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list