CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Begitu Laris Di Malaysia, Proton Arena Popular Di UK!

7-12-2020 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5593| Komen: 11

Tidak dinafikan tahun 90-an merupakan era kegemilangan pengeluar kereta pertama Malaysia, Proton. 

Dilancarkan pada 2002, Proton mengubahsuai bahagian penumpang belakang sebuah Wira kepada ‘cargobed’. Maka, Proton Arena hanya boleh memuatkan dua orang sahaja. Ini adalah cubaan pertama Proton untuk mencipta sebuah pikap bersaiz kompak dan dijual secara komersial.





Sewaktu pengeluarannya, Wira versi pikap ini hadir dengan varian Freestyle, Sportdeck dan Fastback. Varian Freestyle mengutamakan penggunaan komersil manakala varian Sportdeck lebih kepada kegunaan peribadi dan perniagaan di mana ia didatangkan dengan bar sukan (sports bar) dan trim badan. Varian Fastback pula adalah untuk pengguna yang mementingkan gaya.


Menurut Proton, pikap ini boleh membawa muatan di belakang sehingga 645 kilogram melalui kapasiti kargo seluas 800 liter. Walaupun dibina berdasarkan sebuah sedan, Proton Arena mengguna casis ladder frame di bahagian belakang untuk meningkatkan ketahanan dan kekuatan badan.



Menariknya, Arena sebenarnya jauh lebih laris di luar negara. Dikenali sebagai Proton “Jumbuck”, kereta pikap buatan tempatan ini turut dieksport ke United Kingdom, Taiwan, Australia dan Afrika Selatan. 

Disebabkan itu, enjin 4G15 pada Proton Arena menggunakan sistem pengurusan enjin EMS 400 untuk menepati piawaian pelepasan karbon Euro 2.

Pada 2009, Proton berhasrat menghentikan pengeluarannya. Walau bagaimanapun, Proton Arena masih popular di United Kingdom. 80 peratus daripada jumlah Proton Jumbuck yang dijual di negara itu masih berada di atas jalan raya. Maka, tidak disangkal lagi bahawa keputusan Proton untuk mengeksport Proton Arena ke luar negara adalah wajar. 


Kredit foto: Wap Car

Walaupun tidak begitu laris di Malaysia, usaha Proton menghasilkan sebuah pikap ringkas bersaiz kompak sangat dikagumi memandangkan rakyat Malaysia sering bergantung kepada Toyota Hilux yang bersaiz lebih besar.

Sebagai sebuah pikap, Proton turut mengubah suspensi belakang kepada jenis leaf spring untuk menampung berat muatan dengan lebih baik seperti trak pikap yang lain.

Selain itu, Proton turut menaik taraf gandar belakang (rear axle) kepada yang lebih kukuh, bar penstabil (stabiliser bar) depan yang lebih baik, cakera brek (brake disc) 14 inci serta dram brek (drum brake) belakang 9 inci. 

Malah, brek belakang ini mempunyai load sensing proportioning valves (LSPV). Di samping itu, Proton Arena turut menerima talaan pengendalian dan keselesaan pemanduan daripada Lotus.Dari segi tren kuasa, ia menggunakan enjin 1.5L 12 injap 4G15 (89 PS) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan.




Sumber: OhBulan, Wap Car
8

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 7-12-2020 01:30 PM
Mana taknya, Proton jual murah kat sana. Setakat 1000 pound tu sebulan gaji dah boleh beli.
Pernah naik Uber Gen2 kat London, tanya berapa harga dia beli (baru) - he said 6000 pounds new, leather seat. My sistah yang kat sini beli lower spec bayar dekat RM70k
proton.JPG

Quote Aikiko 7-12-2020 07:15 PM
Cantek gak Arena nie
Tspi berapa RM tahun 2002??
Skang da diganti ngan X70 n X50
Quote Meiizu 7-12-2020 08:35 PM
Siyessss aaa
Quote Itzy 7-12-2020 11:08 PM
pxlbb: Mana taknya, Proton jual murah kat sana. Setakat 1000 pound tu sebulan gaji dah boleh beli.Pernah naik Uber Gen2 kat London, tanya berapa harga dia be ...


Kerajaan dia tak tamak cukai jalan dan pengangkutan
Quote depresio 7-12-2020 11:48 PM
Version obersea lagi berkualiti n lagi murah. Yg kat malaysia kualiti cam apa lagi sapa nak beli..
Quote dua_chzy 8-12-2020 12:01 AM
pxlbb: Mana taknya, Proton jual murah kat sana. Setakat 1000 pound tu sebulan gaji dah boleh beli.Pernah naik Uber Gen2 kat London, tanya berapa harga dia be ...


Bodoh sangat kan. Hanat betul gomen tanahair ini.
Quote husna_amal 8-12-2020 10:31 AM
Kereta proton kat Malaysia dihasilkan dengan kualiti rendah dan mahal. Kat luar negara boleh pula jual murah dan lebih berkualiti.
Quote Redmyvi 8-12-2020 05:33 PM
Kereta Malaysia kt luar negara sangat la mampu milik..

Kereta buatan malaysia untuk pnduduk malaysia alahai hutang loan bank 9 tahun..
Quote Artemesiaa 9-12-2020 05:13 PM
Rata2 kebanyakan yang dijual diluar negara adalah lebih murah dari yang dijual didalam negara macam terbalik pulak rasa
Quote Jitu 9-12-2020 05:51 PM
semua sudah tinggal kenangan tp suka guna kereta Proton senang nak repair spare part pun mudah
Quote wirazam 11-12-2020 04:39 PM
semoga dibawah pengurusan baru Li Chunrong, proton akan introduce balik proton wira..

jual harga yg munasabah, maybe boleh pegang balik pasaran di malaysia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040695 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top