CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Buli Kerana Gurauan Ayam Goreng

10-9-2020 02:05 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7462| Komen: 30|Original author: Oleh: rikuren

Kredit Foto - The Reporter


Kes buli nampaknya memang tiada kesudahan. Terbaru, pelajar berusia 13 tahun dibelasah sekumpulan tiga remaja berusia 17 tahun yang tidak berpuas hati dengannya.  

Perkara ini disahkan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat. Menurutnya, kejadian berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes kini sedang disiasat. 



"Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang cuba mempermainkan mereka dengan gurauan untuk belanja makanan segera ayam goreng.

"Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa berbaju merah hanya mendiamkan diri apabila disoal suspek sebelum memukul bahunya sehingga terjatuh dan dibelasah suspek lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan. 

Pasal ayam pun boleh bergaduh macam ni. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote macaiPH 9-9-2020 08:13 PM
Edited by macaiPH at 9-9-2020 08:15 PM

aku penah buat masa baru2 naik pangkat dulu
hajat di hati nak pedajal budak2 kawan lama sekolah yang jenis freeloader ni

bawak budak2 ni gi kedai makan suh la order apa aku belanja

habis je order aku cakap nak pegi beli bateri jap kat kedai seberang jalan

terus aku pegi ke kereta cabut blah

sampai skang putus kawan
Quote ninja9 9-9-2020 08:23 PM
budak ni pun.. nak gurau tapi gurau jenis datangkan marah.  
budak2 senior tu mestilah marah sbb boleh dianggap juga menipu mereka.  bayangkan budak jarang makan kfc, diberikan janji dpt makan free oleh seseorang, yang akhirnya bila dituntut cuma penipuan, rasa nak pelepuk jer .. kita nak marah budak tu pun umur 13 tahun... cuma kena siasat janji tu sebab kena ugut ke tak.. hmmm...
Quote ninja9 9-9-2020 08:28 PM
macaiPH replied at 9-9-2020 08:13 PM
aku penah buat masa baru2 naik pangkat dulu
hajat di hati nak pedajal budak2 kawan lama sekolah yan ...

haha
setakat mcm ni aku rasa masih ok rasanya ... bengang tu bengang jugak tapikan sbb bila2 boleh balas balik. aku selalu sja kena ajak makan boleh ambik apa saja tapi last2 aku yg bayar semua kdg smpi beratus...


Quote macaiPH 9-9-2020 08:39 PM
ninja9 replied at 9-9-2020 08:28 PM
haha
setakat mcm ni aku rasa masih ok rasanya ... bengang tu bengang jugak tapikan sbb bila2 bole ...

kau tau tak budak2 tu nak melantak berapa punya duit?
1 kepala rm25

biryani gam daging portion banyak

5 kepala nak makan sedap2 aku pun makan sehari bercatu

tapi time tu le

sekarang takde le bercatu

nak kata budak2 pun masing2 dah 40 lebih skang

ini lama punya cerita

saja perkongsian bersama
Quote prettyuglybabe 10-9-2020 10:29 AM
kesian budak kelantan..
pasal kfc pun nak bertumbuk..
Quote TomyamPuteh 10-9-2020 10:45 AM
Mkn pnya psl laki blh cerai bini tau..
Quote tagas 10-9-2020 11:48 AM
macaiPH replied at 9-9-2020 08:13 PM
aku penah buat masa baru2 naik pangkat dulu
hajat di hati nak pedajal budak2 kawan lama sekolah yan ...

macai ph
patut la perangai ko pun tak semenggah

Quote macaiPH 10-9-2020 12:09 PM
tagas replied at 10-9-2020 11:48 AM
macai ph
patut la perangai ko pun tak semenggah

balas dendam kat budak2 freeloader yang ske ngepaw aku
tu je!
Quote Belibis 10-9-2020 12:20 PM
prettyuglybabe replied at 10-9-2020 10:29 AM
kesian budak kelantan..
pasal kfc pun nak bertumbuk..

Pasal menipu.kerjaan 22 bulan pun boleh tumbang kalau banyak menipu.hahhh
Quote syakuntala 10-9-2020 12:36 PM
budak junior pun knp berani sgt nk bergurau ngan senior... makcik dl nk bg salam kat senior pun tergagap gagap
Quote singajantan 10-9-2020 01:16 PM
aku rasa alasan jer .... maybe budak junior tu kena paksa belanjan senior kfc..... tp dia x de duit.... bila dah kena report polis mula laa tukar cerita nak selamat diri
Quote sensa 10-9-2020 01:18 PM
prettyuglybabe replied at 10-9-2020 10:29 AM
kesian budak kelantan..
pasal kfc pun nak bertumbuk..

ingatkan pasal kfc melepaskan gol
Quote rikuren 10-9-2020 02:05 PM
Kredit Foto - The Reporter




Kes buli nampaknya memang tiada kesudahan. Terbaru, pelajar berusia 13 tahun dibelasah sekumpulan tiga remaja berusia 17 tahun yang tidak berpuas hati dengannya.  

Perkara ini disahkan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat. Menurutnya, kejadian berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes kini sedang disiasat.




[fbvlink]https://www.facebook.com/223545897823128/videos/2408034989503726/[/fbvlink]

"Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang cuba mempermainkan mereka dengan gurauan untuk belanja makanan segera ayam goreng.

"Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit," katanya memetik laporan Harian Metro.


Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa berbaju merah hanya mendiamkan diri apabila disoal suspek sebelum memukul bahunya sehingga terjatuh dan dibelasah suspek lain.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.


Pasal ayam pun boleh bergaduh macam ni. - CARI
Quote dua_chzy 10-9-2020 02:11 PM
singajantan replied at 10-9-2020 01:16 PM
aku rasa alasan jer .... maybe budak junior tu kena paksa belanjan senior kfc..... tp dia x de duit. ...

Ini lagik lojik.
Quote c===8 10-9-2020 02:15 PM
singajantan replied at 10-9-2020 01:16 PM
aku rasa alasan jer .... maybe budak junior tu kena paksa belanjan senior kfc..... tp dia x de duit. ...

setuju boss, yg tak penah dok sbp tak tau menda ni

takkan la budak f1 gatal2 gi bagitau budak2 f5  nak banjer kfc
Quote printercomel 10-9-2020 02:22 PM
Di kelantan kfc ni taraf taraf tgif. Bila ditipu pasal kfc maka bengkak la hati sedih rasa dijiwa

Senab hajat nak rataj ayam goreng menjilat jari tidak kesampaian. Maka terbitnya dendam dan rumble tanpa fikir boleh gelap masa depan masuk juvana

Orang tak nak belanja, kaupergi la kfc sendiri order sendiri makan sendiri gembira sendiri

Kalau kfc pun tak mampu beli ayam goreng seringgit depan pasar wan kadijah pun sedap jgk
Quote buapakperut 10-9-2020 02:25 PM
masa study dulu time U buat event,ade hawker dtg jual kfc(kelantan fried chicken) huhuhu tiberr
Quote husna_amal 10-9-2020 03:12 PM
Kalau dapat waris budak kena buli ni balas lagi teruk kat pembuli ni.
Quote Orix 10-9-2020 05:11 PM
Entah la. Yg kena buli pun sengaja cari penyakit. Nk main2 kan org psal belanja makan ni kadg2 ad org sensitip tau. Kadg org fikir mcm kita look down dgan dia x mampu nak beli kfc, so kita acah2 nk belanja dia mmg la dia jd hangen. Mujur x kena pukul smpai cedera...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top