CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekik Sampai Mati Akhiri Penderitaan Ibu

8-9-2020 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3769| Komen: 18

Tidak sanggup melihat ibunya menanggung derita berpanjangan, lelaki mengakhiri nyawa warga emas berusia 76 tahun itu di dalam wad sebuah hospital.

Menurut Japan Today yang memetik laporan media tempatan Sankei Shimbun, Akira Shinya, 50, mencekik ibunya, Yoko pada jam 4.25 pagi Jumaat lalu (waktu tempatan).



Gambar hiasan

Difahamkan, doktor dan seorang jururawat bertugas menghalang perbuatan suspek beberapa saat kemudian, namun mangsa sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia 10 jam selepas kejadian.

Shinya dalam pengakuannya berkata, dia mahu mengakhiri penderitaan ibunya yang sering keluar masuk hospital sejak kebelakangan ini akibat menghidap penyakit kronik.

Menurut laporan, Yoko dimasukkan ke wad pada Khamis selepas keadaannya bertambah buruk.

Berikutan itu, Polis di bandar Saitama menahan Shinya atas dakwaan membunuh. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 8-9-2020 10:09 AM
Nak akhiri penderitaan ke atau malas jaga ibu yang sakit?
Quote Kurex 8-9-2020 10:10 AM
Bunuh sebab rasa menyusahkan ulang alik hospital... Jepun ni kan lebihkan sahabat dari kekeluargaan
Quote chinta89 8-9-2020 10:17 AM
tp bukan itu caranya.

penah terbaca kat India, diorg akan matikan mak ayah/org tua yg susahkan anak menantu cucu. dh mcm tradisi. kiranya mcm undang2 rimba yg masih berleluasa...
Quote CocoCily 8-9-2020 11:00 AM
Edited by CocoCily at 8-9-2020 11:02 AM

Orang Jepun memang macamni. Tak ambil kisah pasal orang tua.
Kalau mak ayah kat kampung, they all belikan robot untuk teman orang tua tu.
Ada orang tua yang commit suicide pun


Quote minguk 8-9-2020 11:29 AM
kesiannya. tak sanggup nak jaga dengan kos perubatan mahal lagi.
Quote matjerk 8-9-2020 11:30 AM
Nak akhiri penderitaan ibu atau penderitaan kamu?
Quote Belibis 8-9-2020 12:43 PM
Mengakhiri penderitaan dia sebenarnya.
Quote glump 8-9-2020 12:46 PM
Kat jepun pun Ada Ada adat antar org tua terlau tua ke hutan
Quote Nahnukutu 8-9-2020 12:48 PM
tu pasal la korang kalau kerja swasta dan hidup cukup2 makan, make sure jangan menongkat langit ya.

sian anak2

Quote TomyamPuteh 8-9-2020 12:52 PM
Nape la mak dia x cekik dia kcik2 dlu?
Quote Artemesiaa 8-9-2020 02:40 PM
Rasanya bukan sebab tak sanggup jaga sangat tapi lebih kepada kos perubatan yang amat tinggi disana nak2 kalau pesakit mengidap penyakit kronik.  Sebab tu selalu ada lapuran pesakit kronik bunuh diri sebab tak mampu nak hadap kos rawatan.
Quote husna_amal 8-9-2020 02:51 PM
Kesian pula. Sekarang kena didakwa membunuh pula.
Quote TravellingBear 8-9-2020 03:01 PM
glump replied at 8-9-2020 12:46 PM
Kat jepun pun Ada Ada adat antar org tua terlau tua ke hutan

ye masa kecik2 ada baca buku cerita . “
Cerita Rakyat” kot tajuk buku tu kalau tak silap , ada macam2 warna . setiap warna siri berlainan
Quote lavendernovella 8-9-2020 03:48 PM
Runtuh seruntuhnya.. {:yameteh{:yameteh
Quote Belibis 8-9-2020 09:25 PM
TomyamPuteh: Nape la mak dia x cekik dia kcik2 dlu?

Kalau kes ibu bunuh anak,ada pulak yang kata,harimau pun tau sayangkan anak.{:yameteh
Quote anonims 9-9-2020 02:36 AM
Tergamaknya...
Quote anonims 9-9-2020 02:37 AM
chinta89 replied at 8-9-2020 10:17 AM
tp bukan itu caranya.

penah terbaca kat India, diorg akan matikan mak ayah/org tua yg susahkan an ...

Selalu dgr jugak mertua buli menantu...
Quote anonims 9-9-2020 02:43 AM
glump replied at 8-9-2020 12:46 PM
Kat jepun pun Ada Ada adat antar org tua terlau tua ke hutan

Adat ni masih diamalkan ke zaman2 moden ni?

Kat Jepun, kerajaan terpaksa wujudkan public holiday celebrate hari orang2 tua dan utk bagi peluang anak2 balik melawat parents yg tinggal jauh.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.252953 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top