CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamil Kali Ke-16, RM2100 Seminggu Beli Makanan Dan Keperluan Anak-Anak

7-9-2020 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5972| Komen: 39

Description: Sudah mempunyai 15 orang anak, kini Patty Hernandez dari North Carolina mengandung untuk kali ke-16.
Sudah mempunyai 15 orang anak, kini Patty Hernandez dari North Carolina mengandung untuk kali ke-16.

Ibu berusia 38 tahun itu dijangka melahirkan pada Mei tahun hadapan.


Mirror melaporkan, dia dan suami, Carlos Hernandez tinggal bersama kesemua anak mereka di rumah lima bilik di Charlotte.

Foto: Mirror
Mereka membelanjakan AS$498 (kira-kira RM2,100) setiap minggu untuk makanan serta keperluan lain.

Kesemua lima anak lelaki dan 10 perempuan diberi nama dengan awalan huruf C iaitu CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.

Keluarga ini mula menjadi bualan ramai pada tahun 2019 dan selepas itu dia melahirkan dua lagi anak iaitu pada Mei 2019 dan April 2020.

Foto: Mirror
Walaupun sudah mempunyai ramai anak, namun mereka selesa dengan keadaan tersebut dan sentiasa bersedia untuk hamil lagi.

"Keadaan ini memang memberikan tekanan dan sukar untuk menjaga bayi yang baru lahir.

"Mereka selalu menangis dan saya harus melayani mereka, tetapi kami menikmatinya," kata Patty.

Dia juga tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan.

"Kami serahkan kepada Tuhan dan apa juga yang ingin diberikan, kami bahagia," tambahnya. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-9-2020 01:05 PM
meriahnye...
Quote gadget 7-9-2020 01:06 PM
bak kata a.galak...riuh sekampung
Quote aijinmisaki 7-9-2020 01:08 PM
Ingatkan leluhur serambi je yang suka beranak banyak2
Quote husna_amal 7-9-2020 01:09 PM
Betul2 laki dia buat dia macam kilang buat anak.
Quote Artemesiaa 7-9-2020 01:11 PM
Ramai macam tu pasti hari2 macam sambut kenduri
Quote epuepy 7-9-2020 01:37 PM
oh mai~ 2100 seminggu? sebulan dh 8k . gaji sebulan habis kt ank je..

maybe laki dia kaya, tu yang x terpk nk stop.
Quote jofizo 7-9-2020 02:01 PM
perghhhhh lepas bersalin, bg bini cuti rehat seminggu jer......pastu henjut lg...
Quote umbut 7-9-2020 02:02 PM
Kat sana dpt elaun kan
Quote Simunggu 7-9-2020 02:17 PM
tak ada kerja lain agaknya..ingat itu ja
Quote Gomea 7-9-2020 02:25 PM
Kuatnya rahim mampu beranak banyak2.
Quote tikusmontok 7-9-2020 02:29 PM
tak ngilu ke akak ni?
Quote rosasen 7-9-2020 02:42 PM
subur dan murah rezeki dia
Quote ALDRIN 7-9-2020 02:45 PM
Teringat kwn iols, adik beradik 17 orang, seibu sebapa. Arwah bapak dia polis, mak housewife. Bapak dia beli bihun banyak2 je ganti beras, sbb x mampu beli beras lebih.  Susah dulu tp skrg dah senang2 adik beradik kwn aku tu. Bila aku ckp ramai adik2 kau ye Nik..heols bole ckp ....tu nasibbb baikkk bapak aku meninggal awal...klu tak boleh jejak 20....*cam jilaker statement
Quote green~tea 7-9-2020 03:06 PM
ALDRIN replied at 7-9-2020 02:45 PM
Teringat kwn iols, adik beradik 17 orang, seibu sebapa. Arwah bapak dia polis, mak housewife. Bapak  ...

Adik beradik ramai hidup dalam kemiskinan.. sorry la extended family iols dan ex in laws i mmg sengsara kehidupan... bukan bleh upgrade life semua bwradik pun... ada yg kena berkorban utk menolong adik beradik lain
Quote Themilo 7-9-2020 04:08 PM
ingatkan kat filipina tadi.. rupanya kokesyen..
Quote seri_mawr 7-9-2020 05:32 PM
gmabr laki dia baju biru tu nmpk muda...wife dia nmpk tired..

anyway....mmg kuat la wife dia....aku yg 3 ketui pun dah mcm apa dah....klu mcm gini mau jadi zombie....
Quote lattehazelnut 7-9-2020 05:37 PM
Mmg tiap tahun beranak ke? Xde jarak 2 tahun ke? Xjatuh peranakkan ke ape..
Quote TomyamPuteh 7-9-2020 05:46 PM
Rm2100 tu belanja dapur 5 bln aku tu
Quote anonims 7-9-2020 05:57 PM
ALDRIN replied at 7-9-2020 02:45 PM
Teringat kwn iols, adik beradik 17 orang, seibu sebapa. Arwah bapak dia polis, mak housewife. Bapak  ...

Nik orang kelantan ke ganu? Tanya jer

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.200770 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top