CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Culik Budak Lepas Ajak Main Game Online

8-9-2020 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2574| Komen: 11

Lelaki ditahan selepas dipercayai menculik kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian.

Japan Today melaporkan, Akihito Otake, 38, yang ditahan pada Sabtu lalu (waktu tempatan) mengakui menculik mangsa, 9, menggunakan keretanya sekitar jam 4 petang pada Rabu di sebuah jalan di bandar Yokohama, Tokyo dan mengurung kanak-kanak itu selama dua hari.



Gambar hiasan

Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian Otake mengajak mangsa bermain bersama menerusi fungsi perbualan suara permainan berkenaan.

Mangsa yang menggunakan telefon pintar salah seorang daripada ibu bapanya dipercayai berbincang dengan suspek melalui fungsi perbualan suara permainan itu mengenai waktu dan tempat untuk bertemu.

Pada hari kejadian, kanak-kanak itu memaklumkan kepada beberapa temannya bahawa dia akan bertemu seorang 'rakan' di Tokyo. Namun, ibu bapanya yang bimbang apabila mangsa tidak pulang selepas jam 5 petang hari sama, melaporkan kehilangannya kepada polis.


Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya menjejaki Otake di kediamannya di Katsushika, Tokyo sekitar jam 3 pagi pada Sabtu selepas mengenal pasti kereta digunakannya.

Difahamkan, ketika ditahan Otake sedang meninggalkan kediamannya menggunakan kereta, di mana mangsa ditemui di tempat duduk belakang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 8-9-2020 09:42 AM
PUBG? perghhh.. Bahaya.
Quote Carcosa 8-9-2020 09:43 AM
Babi punya jantan. Budak kecik kau kidnap kan.
Nama dah lah Otake. Kau main Oh Take je anak org.
Mampos cepat please
Quote Kurex 8-9-2020 09:57 AM
Saiko jugak leluhur ikekikek ni
Quote husna_amal 8-9-2020 10:23 AM
Orang tak betul atau pedo ni?
Quote TomyamPuteh 8-9-2020 10:26 AM
Main candy crush je la x bahaya
Quote namr 8-9-2020 11:15 AM
Mujur dia tak buat apa2 lagi kat budak tu
Quote macaiPH 8-9-2020 11:19 AM
jepun kebanggaan dr mahathir ni banyak yang pedo

dah bagi bible pun pedo
Quote minguk 8-9-2020 11:21 AM
eeeeeee jahatnya!
Quote ell768 8-9-2020 11:46 AM
budak tu ok ke idak?isk psiko giler
Quote Artemesiaa 8-9-2020 11:50 AM
Again cctv banyak membantu menyelesaikan masaalah jenayah
Quote dua_chzy 8-9-2020 12:56 PM
Kurex: Saiko jugak leluhur ikekikek ni


Tengok saja apa meka buat zaman WW2 di negara kita, memang ketara psikonya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122600 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top