Namun, pernahkah anda dengar kejadian sama di mana ibu bapa sendiri yang secara sengaja meninggalkan anak mereka di dalam kenderaan? Agak sukar dihadam perkara sebegini. Terbaru, tular di lama sosial apabila seorang wanita didakwa sengaja meninggalkan bayinya di dalam kereta di kawasan parkir pasar raya Tesco Egate, Pulau Pinang. Loading FB Post...
Menurut saksi, wanita itu meninggalkan bayinya di dalam kereta kerana bimbang pihak Tesco tidak membenarkan beliau membawa bayinya masuk ke dalam disebabkan faktor wabak COVID-19 yang melanda. Seorang kakitangan Tesco yang kebetulan melalui kawasan tersebut menemui bayi malang itu yang ditinggalkan di dalam kerusi keselamatan di tempat duduk penumpang hadapan. Untuk, rekod bayi itu baru berusia lima bulan. Mujurlah si ibu membiarkan tingkap kenderaannya dibiarkan sedikit terbuka bagi membolehkan mereka membuka pintu dari arah dalam dan menyelamatkan bayi tersebut. Menurut saksi itu lagi, 15 minit kemudian, wanita tersebut muncul dan menjelaskan alasan tindakannya yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Tindakan wanita ini turut mengundang kecaman netizen. Pihak Tesco memaklumkan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membawa anak mereka untuk memasuki premis. Mungkin wanita ini telah mendapat info yang salah. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Apapun, mencegah itu lebih baik dari mengubati, sayangilah anak-anak anda. - CARI
|
ADVERTISEMENT