Lima individu ditahan atas dakwaan pemasangan Jalur Gemilang terbalik pada lori sampah di Bandar Country Homes, Rawang, semalam. Harian Metro melaporkan, mereka ditahan adalah empat pekerja syarikat sisa pepejal dan seorang pemandu lori selepas polis menerima laporan daripada lelaki yang melalui hadapan masjid di lokasi berkenaan pada 9.40 pagi.
Kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pengadu memberhentikan lori itu dan menegur pemandunya serta merakam insiden berkenaan yang kemudian dimuat naik ke media sosial sebelum membuat laporan polis. Berikutan itu, polis menahan lelaki tempatan berusia 48 tahun yang juga pemandu lori sampah berkenaan serta empat pekerja lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 43 tahun untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. - CARI
|
dudaberhias replied at 25-8-2020 03:19 PM
masa kali pertama belajar pendidikan seni dulu.. .tak ingat tahun bila... benda pertama kami belajar ...
ADVERTISEMENT