CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Keganasan Rumah Tangga Turun, Dera Ibu Bapa Meningkat Masa PKP

26-8-2020 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2622| Komen: 9

Description: Statistik polis menyangkal dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) wanita mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Statistik polis menyangkal dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) wanita mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, analisis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11) menunjukkan kes keseluruhan menurun 20 peratus iaitu dari 261 kes kepada 205 kes.



Kredit foto: MalayMail

Dalam wawancara bersama Malay Mail, Penolong pengarah ACP Siti Kamsiah Hassan sebaliknya memaklumkan bilangan ibu bapa didera anak meningkat dalam masa tiga bulan pertama PKP.

“Sebelum PKP, kebanyakan kes keganasan melibatkan suami yang isterinya bekerja, apabila isteri disyaki mempunyai hubungan sulit ketika bekerja atau keluar bersendirian.

“Semasa PKP, situasi bagaimanapun berubah kerana mereka duduk di rumah dan aktiviti harian berubah. Kaum wanita tidak kemana-mana, jadi tiada alasan untuk suami menuduh isteri yang bukan-bukan.


“Sebaliknya, terjadi isu kecil pada pasangan seperti pertelingkahan dan salah faham ketika membuat kerja-kerja rumah sehingga meninbulkan pergaduhan,” katanya kepada Malay Mail.


Gambar hiasan

Jelas Siti Kamsiah, perkara sebaliknya berlaku apabila kes ibu bapa didera anak meningkat kepada 134 kes daripada 125 kes.

“Keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan suami dan isteri tetapi kepada ahli keluarga yang lain terutamanya menantu dan adik beradik.

“Kes anak-anak mendera ibu bapa semakin tinggi semasa PKP. Anak-anak jadi berang apabila ibu bapa tidak memenuhi kehendak mereka dengan menyediakan bantuan wang, kemarahan mereka menyebabkan mereka mengasari orang tua mereka,” katanya. - CARI
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 26-8-2020 01:21 PM
Baru korang sedar meh..
Quote Kurex 26-8-2020 02:43 PM
Dekat area rumah aku, hari2 pompuan tu marah mak dia.. walaupun mak angkat, tu la mak yang besarkan & kutip kau tauuuuuuu. Cam sial punya perangai. Padanlah semua orang pinggirkan pompuan tu
Quote mizkajura 26-8-2020 02:54 PM
Gila p DERA makpak. Kau tu yg patut mampos
Quote husna_amal 26-8-2020 02:55 PM
Generasi anak derhaka. Ibu bapa didera pula bila tak dapat penuhi kemahuan anak2.
Quote mizruncing 26-8-2020 03:10 PM
baru tau stress kot jaga orang tua
Quote lavendernovella 26-8-2020 03:41 PM
Takyah tunggu pkp pun mmg ramai makpak kena dera. Kena jaga cucu, jadi orang gaji anak sendiri...  {:yameteh
Quote kakyungpilah85 26-8-2020 04:55 PM
Time hidup ko marah2 mak ayah ko.. Maki diorang kata menyusahkan ko.. Kecik2 time ko tberak, tkencing, muntah semua sape yg uruskan ko?? Dah meninggal org tua tu tau lak menyesal meraung2 cakap rindu laa, menyesal xjaga betul2 la.. Kalau tau besar perangai ko mcm ni elok laa omak ngan abah ko picit jo ko maso baby bagi mati laie elok
Quote Artemesiaa 26-8-2020 05:04 PM
Betul tu tak perlu tunggu pkp pun ramai je yang suka membabu membibikan mak pak sendiri.  Sebab tu ada mak pak yang cerdik sikit pagi2 dah keluar merayap lepak kedai makan ronda supermarket nak elak tu terjadi pada mereka.  
Quote kroit92 26-8-2020 07:39 PM
Artemesiaa replied at 26-8-2020 05:04 PM
Betul tu tak perlu tunggu pkp pun ramai je yang suka membabu membibikan mak pak sendiri.  Sebab tu a ...

comel je bunyi babu bibi tu

btw, mak ayah kita pun suka keluar berdua-duaan, dari awal pagi, pegi breakfast sama2 kat kedai, lepas tu gi jalan2.
anak2 dah besar, reti masak apa semua, rumah ada orang jaga.

kadang balik tengahari, kadang balik lewat petang
berdating aje orang tua ni
ni kalau kita tiba2 dapat adik baru ni, acanor jarak umur 30 tahun

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 5.145356 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top