CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warga Asing Sidai Baju Dan Berkelah Di Kawasan Terbuka, MPS Buat Apa?

22-8-2020 10:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8586| Komen: 59|Original author: Oleh: Cari-Azza




Isu pendatang asing yang bekerja di Malaysia memang banyak, terutamanya masalah budaya mereka yang jauh panggang dari api dengan masyarakat kita. 

Malah, di sesetengah kawasan, majoriti yang tinggal di situ adalah warga asing hingga menenggelamkan budaya bangsa tempatan sendiri.

Terbaharu, orang Gombak mengutarakan masalah yang tidak kurang panasnya, tetapi tidak mendapat liputan media iaitu warga asing menyidai pakaian mereka di kawasan terbuka.

Jelas kelihatan di dalam gambar, seorang wanita menyidai pakaian yang baru dibasuh (baju kelihatan lembab) di Medan Batu Caves. Lebih menjelikkan apabila kawasan itu adalah lokasi perniagaan dan bukannya kawasan perumahan!

Di manakah sensitiviti mereka dalam hal ini? Apa tindakan Majlis Perbandaran Selayang?



Kredit foto: Twitter

Bagi penduduk tempatan, situasi tersebut bukan baru sahaja berlaku tetapi sudah berkali-kali, namun tiada tindakan diambil terhadap mereka. Bayangkan baju, tuala malah pakaian dalam turut disidai di tengah-tengah kawasan tumpuan orang. Memalukan!



Foto : Twitter

Ada yang menyatakan ianya berlaku kerana mereka tinggal berhampiran yakni tingkat atas rumah kedai. Jadi, mereka tiada tempat lain untuk menyidainya melainkan tempat terbuka itu untuk memastikan pakaian mereka kering. Tetapi, takkanlah sampai terpaksa menggunakan tempat laluan kenderaan?

Selain itu, seorang lagi penduduk tempatan turut mengepilkan gambar warga asing yang melepak di padang beramai-ramai. Ia seolah-olah menjadikannya tempat berkelah pula.


Foto : Twitter

Masalah ini mencemarkan pemandangan, sementelah lagi ianya adalah kawasan laluan kenderaan dan kedai pula di hadapan mereka. Apa tindakan majlis perbandaran mengenai isu ini? Takkan nak biarkan kawasan ini menjadi lokasi setinggan pula? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 22-8-2020 11:14 AM
Eeee... Diorg ni mmg bawak perangai buruk asal ke sini.
Quote KekDurian 22-8-2020 11:23 AM
Dh mcm kt hongkong penuh maid filipin & indon berkelah kt kaki lima{:question
Quote imransulaiman 22-8-2020 11:24 AM
Ni mesti takde siapa yang tegur dorang ni! Tu sebab dorang berani buat!
Quote Manjahati 22-8-2020 12:25 PM
Mana majlis perbandaran tu.? Masih lena dibuai mimpi ke?
Quote rosli_nurizzati 22-8-2020 12:35 PM
yang nampak tu, pi la kutip.. pastu bakaq kat situ.. hehehehe...
Quote namr 22-8-2020 12:51 PM
Lol
Quote Normabaru 22-8-2020 01:25 PM
Selayang is the new klcc for pati.bila nak gempur mcm mbsa? hehehe
Quote RatuDunia94 22-8-2020 01:40 PM
Sebenarnya x elok baju sidai kat luar apatah lg tempat terbuka kereta lalu lalang.. sbb kotor n berhabuk tau.. sia2 je basuh.. tp tu lah org mcm ni sidai pun sembarangan apatah lg nk fikir pasal kebersihan..
Quote Lailerthee 22-8-2020 01:48 PM
Lps ni baru menggelupur sume nk buat keje. Mmg kne netizen viral kan dulu baru korg kne buat keje ke?
Quote mizkajura 22-8-2020 03:40 PM
pihak berwajib p Buat Duit n buat Bodo hahahahaha hanjirrr
Quote Gomea 22-8-2020 04:24 PM
Datang negara orang pon bawak perangai tempat asal dorang
Quote gadget 22-8-2020 04:25 PM
mesti indon lahanat ni
Quote glump 22-8-2020 05:43 PM
PBT cuti hujung minggu,Pati pun ambik kesempatan berkelah Dan membasuh
Quote Xim 22-8-2020 05:47 PM
Wah wah wah....dtg negara org ko wat hal plak ye.... dobi brlambak kat malaysia ni....
Quote Nes3in1 22-8-2020 05:50 PM
Dah viral ni baru la penguatkuasa gelabah tetek masing2 kot. Lepas tu baru keluar statement jgn viral tapi buat report terus. Choyyy.
Quote zamzam 22-8-2020 05:52 PM
Gombak kaw azmin kan? Sila buat bising kat mp tu.
Quote Nes3in1 22-8-2020 05:53 PM
Dah berkelah di luar tu sampah sarap jgn dibuang merata lak mcm ummah kelate buang sampah di tepi highway masa balik raya.
Quote Scheherazade 22-8-2020 05:54 PM
Pemandgn ni last aku tgk kt Manila. Depa ni mai masuk negara kita buat mcm tmpt dia lak. Haih
Quote 3480 22-8-2020 05:57 PM
Lepastu tukang viral tu akan dilondehkn pulak kisah dia dlu2.. kekonon balas dundam sbb dh viralkn pihak berwajib yg x buat kja.. krikkrikkrik

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055917 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top