Tiga beradik mengaku bersalah menjual 362 botol minyak angin tiruan pelbagai saiz menggunakan cap dagang berdaftar iaitu cap kapak. Sinar Harian melaporkan, Teo Fang Chin, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan di Mahkamah Sesyen di Melaka Tengah, manakala Teo Fang Hao, 25, dan adiknya Teo Wei Chiang, 23, membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Norma Ismail di mahkamah berasingan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.28 sehingga 12.47 tengah hari di tiga buah kedai ubat di lokasi berasingan di Melaka Tengah pada 11 Ogos lalu. Laporan menganggarkan kesemua barang tiruan itu bernilai RM2,123.90. Difahamkan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(ii) akta sama. Bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chiew King dan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid memohon barang bukti dikembalikan untuk dilupuskan. Manakala, Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tiga beradik itu merayu hukuman denda rendah dengan alasan tertuduh perlu menyara ibu bapa dan seorang bapa saudara orang kurang upaya (OKU) selain ia kesalahan pertama mereka. Elesabet kemudian memutuskan Feng Chin perlu membayar denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar. Manakala, Fang Hao diperintahkan Norma membayar denda RM7,000 atau enam bulan penjara dan RM1,500 atau dua bulan penjara terhadap Wei Chiang. - CARI
|
salimrock replied at 14-8-2020 03:45 PM
kali ni jual myk cakp kapak tiruan
c===8 replied at 14-8-2020 03:47 PM
gilaseks la lu salim
mizruncing replied at 14-8-2020 03:42 PM
patut la dlu penah pkai pas tu rasa cm lain. bau dia lain pas tu bila dh pakai tak surut2 pn pening ...
ADVERTISEMENT