Tindakan berani Asri Janggut yang mendedahkan perbuatan haram berkenaan mendapat pujian rakyat Malaysia serta menyebabkan beberapa pegawai kerajaan ditahan pihak berkuasa atas tuduhan rasuah. Namun, kenyataan Asri baru-baru ini yang mendakwa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat mendapat kecaman ramai. Menerusi Twitter, seorang anggota keselamatan menyelar kenyataan Asri Janggut tersebut yang dilihat satu fitnah dan tidak berasas. Tweet anggota berkenaan turut mendapat sokongan pengguna Twitter lain. Setelah mendapat kecaman orang ramai, Asri menerusi laman Facebooknya memohon maaf atas keterlanjurannya itu. Walaupun sudah memohon maaf, yang pasti, tindakan Asri merupakan satu penghinaan kepada pasukan keselamatan. Kenyataan tersebut membawa sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan yang sanggup berkorban siang malam dan bertarung nyawa mempertahankan negara. Islam amat menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengucapkan perkataan-perkataan yang baik kepada saudaranya sama ada muslim atau bukan Islam. Tiada siapa yang sempurna, kawan! - CARI
|
Kurex replied at 13-8-2020 11:36 AM
Kurex bersama2 dgn abg askarrrr
ADVERTISEMENT