Marah betul Deq Nor, bekas ahli kumpulan Feminin apabila lelaki gay cuba mendekati anak terunanya. Panas hati dengan situasi itu, pemilik nama sebenar Nor Intan Zanariah Zaharin turut mencabar individu terbabit bersemuka dengannya. "Kaki lama tak tendang orang ni! Rimau pun lama tak keluar dari badan ni. Jangan mati pucuk sudah ya, gay," tulisnya di Insta Story. Memetik laporan Astro Gempak, Deq Nor yang menyertai kumpulan Feminin sekitar awal 1990-an memilih untuk mengundurkan diri setahun sebelum kumpulan itu dibubarkan kerana mahu memberi perhatian pada keluarga dan kini mempunyai tiga cahaya mata. - CARI
|
syamzana replied at 11-8-2020 11:41 AM
cantik plak deq nor dah tua2 ni.
kalau anak tak melayan nati gay caprut tu bwk diri la. alaahai
ADVERTISEMENT