Seorang ibu melalui detik tragis dan mencemaskan apabila anak pra-matang yang dilahirkannya terputus kepala dan masih tertinggal di dalam rahim.
Kejadian yang berlaku di Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia itu menyaksikan wanita dikenali sebagai EK bersalin tanpa sendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Menurut sumber Pos-Kupang, EK menarik keluar anaknya sendiri di rumahnya yang terletak di Desa Kajowir, Kabupaten Sikka, pada 12 Julai lepas. Disebabkan panik dia membungkus tubuh bayi yang dilahirkan itu ke dalam bungkusan plastik sebelum menggantungkannya di atas bumbung rumah. Waktu kejadian adalah pada jam 2 pagi dan EK kemudiannya membawa jenazah bayi tersebut pada keesokan harinya. Dia berjumpa dengan Bidan Desa Kajowir sebelum mereka pergi ke Pusat Kesihatan Hewokloang untuk mengeluarkan kepala bayi tersebut. Pegawai Polis Wilayah Sikka, Iptu Margono mengesahkan menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat samada ada ia perbuatan jenayah atau tidak. Suami EK juga sudah dipanggil untuk memberi penerangan. Menurut doktor, EK melahirkan bayi pra-matang itu selepas kepenatan berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumah saudaranya. -CARI |
MissVixen replied at 17-7-2020 02:28 PM
Kupang ni tak cukup doktor. Bagi budak praktikal je buat kerja. Ada je kes budak tarik kuat sangat s ...
ADVERTISEMENT