CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahu Sosej Tak Bagus, Tapi Kalau ItuJe Yang Termampu?

16-7-2020 10:38 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17622| Komen: 227|Original author: Oleh: Cari-Azza




Rentetan status Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai bahaya sosej kepada kanak-kanak, lalu meminta ibu bapa menggantikannya dengan makanan sihat, maka ramai memberi pandangan tentang baik dan buruk makanan segera ini.

Bagaimanapun, ada faktor yang harus diberi perhatian tentang mengapa ibu bapa terpaksa memberi makanan sebegitu kepada anak-anak mereka. 

Ianya bukan kerana malas memasak, tetapi lebih kepada hanya itu yang termampu dibeli dan situasi ini sangat menyedihkan buat kita orang Malaysia.


Kredit foto: Twitter

Di kala KKM berkongsi mengenai fakta kepentingan makanan sihat, rupa-rupanya masih ada golongan yang tidak mampu membeli daging sebenar kerana faktor kewangan. Bayangkan dengan harga RM5 sudah boleh membeli 10 batang sosej dan ianya boleh dikongsikan dengan adik beradik B40 seramai lima orang untuk dua hari. Sedangkan daging sebenar pula berharga belasan hingga puluhan ringgit bagi sekilogram.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Verywellfamily

Ianya turut dipersetujui beberapa doktor yang berhadapan situasi ini ketika mereka mengendalikan pesakit. Bukan tidak mahu menggalakkan pesakit membeli makanan sihat, namun realitinya makanan sihat ini lebih mahal berbanding makanan rapu.


Kredit foto : Twitter

Justeru, timbul pula isu hanya orang kaya mampu menikmati makanan mahal. Jadi, perbezaan gaya hidup ini membuatkan golongan B40 tidak mendapat khasiat secukupnya, manakala golongan kaya semakin cergas.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Techsite

Tidak banyak yang boleh dilakukan jika paras kemiskinan dijadikan ukuran antara memilih makanan sihat yang mahal atau makanan rapu yang murah. Jadi, mereka yang mampu serta ingin menolong golongan B40 adalah dialu-alukan menuju gaya hidup yang lebih sihat. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 16-7-2020 10:45 AM
Sedih dgn situasi ni.
Quote djzara81 16-7-2020 10:48 AM
Organic food is damn expensive. Option yg ade is makan natural, real, unprocessed food kalo betul2 nak sihat & diet. But kdg2 aku pon kelaut gak. Dtg craving mcd aku bantai gakk
Quote prettyuglybabe 16-7-2020 10:50 AM
betul tu.. organic food dengan healthy food sangat mahal..
apa lagi pilihan bagi mereka yang tak mampu..
Quote aznizazzadele 16-7-2020 10:54 AM
sedih dengan situasi ini
Quote chandrahusin 16-7-2020 10:55 AM
makan je la apa yg mampu
sebelum makan
jgn lupa baca bismillah
Quote amerald 16-7-2020 11:00 AM
kadang yg mudah tu bawa penyakit,
boleh je kan makan nasi telur kicap.
kenyang sampai malam.
atau pun makan sosej sebab acah2 makanan barat.
entah le
Quote Kurex 16-7-2020 11:01 AM
makan je la... tapi jgn selalu...

Quote Normabaru 16-7-2020 11:02 AM
Maaf ckp.. Bobba milk tea.. Pastu makanan merapu mcm hotdog cheese leleh ke ape ntah nama dia tu.. Semua yg sapot tu adalah b40 yg sakan nk fomo and yolo ye.. Dorg ni jadi b40 pon sbb dorg xreti nak letak priority dlm hidup

Sanggup duduk menyewa selamanya sbb saving ada p beli ipong.. Even second.. Sanggup tiap2 mggu mnum bobba.. So no money utk beli healty food..kdg sampai kertu dok masih menyewa sbb duit yang ada tpaksa guna byr hutang piutang yg dibuat in advance semata2 nk trending.. Pki tudung latest.. Pakai baju lawa2 tp hakikat hidup??

Telur ikan etc lagi murah dr beli sosej btw.. Plus telur tu makan dgn nasi putih dan sayur bym costing baru total rm2 sahaja.. Lengkap nutrisi..

Tp tetaplaaa depa nk mkn sosej.. What to do.. Mentality dh gitu.. Smh
Quote True-X 16-7-2020 11:03 AM
sosej lagi mahal kan... awat tak makan telur ayamje?
Quote rospinki 16-7-2020 11:04 AM
apapon kalau melantak belebih lebih jadi mudarat
aku stujuk makanan proses ni memang tak sehat maka makanlah dgn cermat
smbil mengunyah corndog 2 ketui kecik
yg aku bwk bekal harini baru sempat brekfas hikhikh..bkan selalu
Quote 234126 16-7-2020 11:06 AM
Normabaru replied at 16-7-2020 11:02 AM
Maaf ckp.. Bobba milk tea.. Pastu makanan merapu mcm hotdog cheese leleh ke ape ntah nama dia tu.. S ...

Well said
Quote mijot 16-7-2020 11:09 AM
organik food, mknan sihat mmemang mahal...
nak xnak, terpaksa beli makanan segera utk mengenyangkan perut..
Quote rosasen 16-7-2020 11:10 AM
bg aku,sosej pn mahal sbnrnye...
Quote pumpkingirl 16-7-2020 11:13 AM
Normabaru replied at 16-7-2020 11:02 AM
Maaf ckp.. Bobba milk tea.. Pastu makanan merapu mcm hotdog cheese leleh ke ape ntah nama dia tu.. S ...

Setuju dgn uols
Quote anakmak 16-7-2020 11:15 AM
Makan lah se semulajadi yg mampu
Cukup sekadar sayur telur ikan
Kurang2 kan ayam sangkar

Apa kejadah makan hotdog jadi makanan harian

Walau telur drpd Ayam sangkar boleh makan 2 bijik kalau saiz c atau d bersamaan harga seketul hotdog murah yg entah apa2 dlm tu
Telur Ayam sangkar jauh lebih baik drpd hotdog tu mak ayah

Utk org2 berduit pun nak beli mknn organic mcm eh terlampaunya harga
Ayam organic yg dibesarkan lepas bebas cecah harga 35-40 hengget sekor
Bayangkan kena kat anak2 aku yg kuat meratah lauk
Sari paling kurang 2 ekor
Belum sayuq organic yg bila masak jadi sikit nak bg makan anak2 kaki makan

Balik pada asal
Makan sayur dan protein drpd haiwan
Kurang kan Ayam sangkar
Banned processed food
Tambah garam aja kat mknn
Minum pakai pemanis yg x kacau darah
Ajar anak2
Anak2 sampai masa kebulur, dia makan jugak
Anak2 aku boleh ikut cara ni
Masalah nya aku yg on off! Hahhh! Aper kes!!! Heheheh
Quote ellez 16-7-2020 11:15 AM
Buatlah cekodok sayur ke..lbh berkhasiat..murah dari beli sosej kot..
Quote paz 16-7-2020 11:16 AM
Byk aja makanan sihat yang murah. Tak semestinya mahal janji nutrien cukup.

Telur , tempe  dah kira protien, sayur-sayur dah kira fibre, ayam dan ikan tak proses dah kira protien.

Sosej ni murah ke harganya? tiba-tiba soalan aku kan.

Jauhkan lah process food, tepung /roti tu jauh lebih dasyat dari makan nasi.  
Quote Meiizu 16-7-2020 11:19 AM
Edited by Meiizu at 16-7-2020 11:21 AM

sosej ayamas sepeket ada 10 normal price rm4.50..orang yg betul2 susah beli sosej tu diorang bukan makan sebatang2..depa buat nasi goreng nak bagi rasa ganti ayam potong kecik campur dgn telur ke..camtu lah
Quote matchstick 16-7-2020 11:20 AM
Aku percaya Tuhan maha Adil..yg betul2 susah tak mampu ni diberi tubuh badan yg lebih 'lasak'.. makan apa pun susah nk sakit. Penah tgk video documentary pasal 'pagpag' makanan org semekin di pilipin sana. Aman2 je diorg mkn leftover food tak kena cirit birit mcm kita. So utk org miskin yg tak mampu beli proper food aku harap badan diorg boleh tahan drpd penyakit wpun makan benda2 tak sihat tu semua

Lihat semua komen(227)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.112052 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top