Kemudian, kita dikejutkan pula dengan kisah seorang remaja dirogol sejak berusia 11 tahun oleh abang kandungnya sendiri. Lebih mendapat perhatian, apabila laporan akhbar menyatakan tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu merayu untuk dilepaskan dengan jaminan. Ibu kandungnya yang turut berada di ruangan mahkamah merayu agar anak lelakinya itu dilepaskan dengan jaminan memandangkan dia bakal melangsungkan pernikahan pada hujung minggu ini. Penyanyi Adibah Noor turut berkongsi pandangannya mengenai isu ini di Twitter. Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Mohd Faizal Hassan turut menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan apa yang berlaku. Begitu juga dengan warga maya yang mengecam tindakan dua beranak ini. Bagaimanalah perasaan mangsa. Sudahlah dirogol, perogol tak mengaku salah, malah dirayu dilepaskan dengan jaminan pula atas asbab nak berkahwin. Yang pasti, ia memberi kesan kepada fizikal dan mental mangsa rogol dalam jangka masa panjang. - CARI |
ADVERTISEMENT