CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap SLE Tak Halang Anita Baharom Terima Tawaran Berlakon

15-7-2020 11:19 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 16799| Komen: 93|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Berita Harian

Disahkan menghidap penyakit kronik SLE (Sistemik Lupus Eritematosus) atau Lupus, pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Baru, Anita Baharom menafikan ianya faktor utama dia jarang dilihat muncul di kaca televisyen.

Anita sebaliknya menjelaskan bahawa dia hanya menerima tawaran berlakon bersesuaian dengan masanya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata.

"Bukannya memilih, tetapi saya menerima tawaran bersesuaian dengan masa. Sebelum memiliki cahaya mata, bolehlah sibuk di lokasi penggambaran, kini susah sikit lebih-lebih lagi, memiliki cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan perhatian." katanya kepada BH Online.

Pernah diserang sakit sendi hingga membuatkan jarinya bengkok dan tidak mampu berjalan selepas menjalani penggambaran filem Keluarga Iskandar The Movie pada Mac tahun lalu, Anita berkata, keadaannya kini semakin stabil.

"Jika boleh, saya tak mahu membesarkan perkara ini, takut orang cakap saya mengada-ngada. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital dan pakar mengesahkan saya menghidap SLE, saya kena mengatur kerja supaya tidak menyusahkan orang lain.

"Saya tak boleh bekerja dalam keadaan terlalu tertekan dan penat. Sekiranya penat, sendi akan mula sakit. Sekarang, Alhamdulillah apabila melakukan pemeriksaan di hospital, tahap SLE saya sudah bertambah baik," katanya lagi.



Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun menyebabkan badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Dengan kaedah rawatan yang betul, penularan penyakit dapat dielakkan dan pesakit boleh menjalani kehidupan normal. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pavlovachoc 15-7-2020 12:04 PM
xtau lak dia ni sakit .. semoga cepat sembuh '
Quote makton 15-7-2020 12:11 PM
suka tgk dia berlakon dlm Dunia Baru & Keluarga Iskandar.

kiranya sempat berlakon jugak la utk Keluarga Iskandar yg esok nak kuar kat tv tu?
Quote sukacactus 15-7-2020 12:26 PM
makton replied at 15-7-2020 12:11 PM
suka tgk dia berlakon dlm Dunia Baru & Keluarga Iskandar.

kiranya sempat berlakon jugak la utk K ...


Keluarga iskandar nak keluar tv esok?
Season baru ke ulang yg lama2
Quote doubleA 15-7-2020 12:30 PM
Dulu iols confuse anita dengan yattsejadah, tapi anita ni low profile. Semoga cepat sembuh ya
Quote makton 15-7-2020 12:30 PM
sukacactus replied at 15-7-2020 12:26 PM
Keluarga iskandar nak keluar tv esok?
Season baru ke ulang yg lama2

ki.png

Dulu plan nak buat movie utk masuk pawagam, tp kekangan budget dorang dapat gak buat movie tp kat astro first je
Quote cmf_premierleag 15-7-2020 12:33 PM
geng anita dlm dunia baru, elyana sakit kanser, anita lak SLE
semoga dipermudahkan semua urusan
Quote cmf_premierleag 15-7-2020 12:34 PM
sukacactus replied at 15-7-2020 12:26 PM
Keluarga iskandar nak keluar tv esok?
Season baru ke ulang yg lama2

yg baru
dah tgk trailer, cucu2 mak jah sume dh besar
abang ngah + anak2...tp takde lak Kay (susan lancaster)
abang long kawen dgn raja ema (dulu kan dia bertunang dgn alan)
Quote kepingbewok 15-7-2020 12:35 PM
makton replied at 15-7-2020 12:30 PM
Dulu plan nak buat movie utk masuk pawagam, tp kekangan budget dorang dapat gak buat movie tp  ...

xsabar nak support mak jah!
Quote haruslah 15-7-2020 12:41 PM
Tazabar nk tgk KI
Suka nengok anita ni
Suara serak2

Btw misleading betul tajuk2 page skrg
Dah la amik berita dr sokaba je slalu nye
Buat tajuk gemlak sbb nak org klik baca
Yg baru ni pasal EF EF....
Tajuk like "EF xnak korek2...." Pastu "alisya terkejut....." Eh....mcm ape jer
Quote sukacactus 15-7-2020 12:43 PM
makton replied at 15-7-2020 12:30 PM
Dulu plan nak buat movie utk masuk pawagam, tp kekangan budget dorang dapat gak buat movie tp  ...

Itu la...ku tunggu2 keluar panggung xde jg
Ok la boleh tgk esok
Quote husna_amal 15-7-2020 12:43 PM
Penyakit SLE ni boleh sembuh ke atau rawatan sekadar mengawal penyakit ni. Apa2 pun semoga anita tabah menghadapi ujian ni.
Quote sukacactus 15-7-2020 12:45 PM
cmf_premierleag replied at 15-7-2020 12:34 PM
yg baru
dah tgk trailer, cucu2 mak jah sume dh besar
abang ngah + anak2...tp takde lak Kay (susa ...

Happy dapat gak tgk sambungannya nnt
Kan masa tu diorang kan mcm ngam je bila berborak...siap raja ema tlg ank abg long masa dtg first period
Quote minahmanja 15-7-2020 01:02 PM
sukacactus replied at 15-7-2020 12:26 PM
Keluarga iskandar nak keluar tv esok?
Season baru ke ulang yg lama2

the movie.. shoot thn lepas rasanya tu..
Quote nura19 15-7-2020 01:06 PM
Semoga cepat sembuh
Quote kashaz 15-7-2020 01:08 PM
wah, sibbaik baca thread ni. baru tau The Movie nak keluar. boleh la langgan
Quote aegisrunestone 15-7-2020 01:32 PM
Lama gak tgu sambungan keluarga iskandar. Like finally keluar juga.
Quote rukia2 15-7-2020 01:38 PM
husna_amal replied at 15-7-2020 12:43 PM
Penyakit SLE ni boleh sembuh ke atau rawatan sekadar mengawal penyakit ni. Apa2 pun semoga anita tab ...

Sekadar kawal kn..
Quote sukacactus 15-7-2020 01:39 PM
minahmanja replied at 15-7-2020 01:02 PM
the movie.. shoot thn lepas rasanya tu..

Itu la...aku menunggu keluar kat panggung
Ni dah nak keluar astro first pun jadi la, dr xde
Quote imanjannah 15-7-2020 01:42 PM
semoga cepat sembuh ye Anita, suka dia, anyway..serabutnya iklan2 ni

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043106 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top