CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jabatan Kimia Tak Jumpa Kesan Petrol Dari Bilik Nazrin

15-7-2020 11:08 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 5522| Komen: 23|Original author: Oleh: kp5x

Memetik laporan Bernama, pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, mempersoalkan kesahihan hasil analisis makmal bomba yang menemui kesan petrol pada sampel dari tempat kejadian. 


Analisis itu dikatakan berbeza dengan analisis daripada Jabatan Kimia yang mendapati tiada kehadiran petrol di dalam bilik (Nazrin Hassan).


Kredit foto: thetruenet.com

"Hasil analisis yang dilakukan Jabatan Kimia tidak mendapati kehadiran petrol ataupun cecair mudah terbakar di dalam bilik berkenan. Polis telah mengambil sampel dengan cara mengikis lantai dan beberapa tempat lain. 


"Hasil analisis ini berlawanan dengan apa yang ditemukan makmal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak mempunyai pensijilan," kata Peguam Tan Sri Shafee Abdullah ketika menyoal balas saksi pendakwaan ke-20, Pengarah Jabatan Keselamatan Kebakaran JBPM, Edwin Galan Teruki.

Terdahulu, Edwin Galan Teruki tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa analisis makmal penyiasatan kebakaran bomba berhubung penemuan kesan petrol adalah salah kerana analisis Jabatan Kimia menunjukkan keputusan berbeza apabila mendakwa kesan petrol tidak semestinya dapat ditemukan pada sampel yang diambil secara kikisan kerana jumlah bahan bakar digunakan dalam kejadian adalah sedikit.

Dalam prosiding perbicaraan sebelum ini, saksi ke-14, Aznor Sheda Samsudin, 39, berkata, tiga daripada empat sampel yang dikemukakan kepada Makmal Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada 17 Jun 2018 dikesan mempunyai cecair mudah menyala jenis petrol. - CARI


2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 15-7-2020 11:20 AM
ah sudah... dia kalau ada selisih mcm ni, ada harapan terlepas
Quote haryatie 15-7-2020 11:22 AM
bercanggah pulak
Quote dudaberhias 15-7-2020 11:23 AM
duri_durians replied at 15-7-2020 11:20 AM
ah sudah... dia kalau ada selisih mcm ni, ada harapan terlepas

tapi tengok evidence lain macam kukuh... kalau tak kukuh masyukkkk la samirah dapat insurans dan reta tak payah penat2 nak jadi dropship mamasab buat sales berbillionzzzzz
Quote grouper 15-7-2020 11:28 AM
Cmne blh ada percanggahan..sampel amik asing2 le tu. Ko amik ceruk lantai sana,aku amik ceruk lantai sini..
Quote duri_durians 15-7-2020 11:34 AM
dudaberhias replied at 15-7-2020 11:23 AM
tapi tengok evidence lain macam kukuh... kalau tak kukuh masyukkkk la samirah dapat insurans dan r ...

berapa bilion insurans arwah?
Quote arnauld 15-7-2020 11:35 AM
bodoh punya loyer tak object aperhal tanya bomba dapatan jabatan kimia. sbb tu selalu kena belit dgn defence loyer.
Quote dudaberhias 15-7-2020 11:36 AM
duri_durians replied at 15-7-2020 11:34 AM
berapa bilion insurans arwah?

juta2 jugak uolss 1.08million MYR.. ada thread samirah tak tuntut life insurance tu janji tak payah penat2 nak jual ikan paus perap bbq
Quote djzara81 15-7-2020 11:38 AM
Kalo bhn kimia tu questionable, aku nk tgk ape justification lubang spt kesan arrow kt tepi kepala arwah.
Quote amerald 15-7-2020 11:46 AM
jab kimia vs jab bomba
bomba tak de sijil?
selama ni kes2 kebakaran lain, analisis bomba salah ye sebab tak ada sijil atau macam mana
Quote helicornia 15-7-2020 11:49 AM
tak bole ke update je terus kat benang kes yg sama. ni setiap kali ada perbicaraan kes, setiap kali bukak benang baru. kalau kat benag yg sama senang kita nak baca kes ni ikut kronologi
Quote namieamuro 15-7-2020 11:49 AM
ah sudah..laen jabatan laen hasil nye..hmm..adekah bakalan terlepas?
Quote mdhelmi 15-7-2020 12:25 PM
mmgla x jumpa petrol
sbb dia guna diesel atau kerosene
saje merepek
Quote bedahdavas 15-7-2020 12:28 PM
Jammed!!! Jgn tlepas disbbkn kesalahan teknikal . Mcm kes excutive petronas bunuh bini tp lps sbb kesalahan teknikal. Salah pegawai penyiasat time tu.
Quote husna_amal 15-7-2020 12:40 PM
Baik punya plan ni kalau betul2 pembunuhan terancang.
Quote Normabaru 15-7-2020 12:43 PM
Bakar jela pki pemetik api.. Nak petrol buat apa

Arwah xmeronta pon.. Means dah mati masa terbakar kann...
Quote KIM.K 15-7-2020 01:05 PM
helicornia replied at 15-7-2020 11:49 AM
tak bole ke update je terus kat benang kes yg sama. ni setiap kali ada perbicaraan kes, setiap kali  ...

Better buka benang baru sebab lebih alert dengan update kes ni
Dah basi sikit baru merge
Quote KIM.K 15-7-2020 01:09 PM
dudaberhias replied at 15-7-2020 11:23 AM
tapi tengok evidence lain macam kukuh... kalau tak kukuh masyukkkk la samirah dapat insurans dan r ...

Biasa predator nak tutup syak wasangka diorg tak klem pampasan

Contoh amber heart framed johnny depp kononnya abusive padahal dia yg abusive. Amber just nak cerai dia derma duit menang divorce pada yayasan
Quote lattehazelnut 15-7-2020 01:27 PM
Alla da tau dah bebas atas kesilapan teknikal.. bahan bukti missing ke apa..
Quote Kurex 15-7-2020 02:57 PM
Macam kes adib..... Tetiba bercanggah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.191063 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top