Usahawan kosmetik Safiey Illias menerusi saluran YouTube baru-baru ini, memaklumkan bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di sebuah pusat pengajian di Australia.
"Kenapa saya pilih bidang guaman walaupun saya adalah bakal doktor? Bagi saya, bidang guaman menegakkan hak-hak dan saya sangat membangkang sebarang isu buli siber dan body shaming terutama orang yang tengah ada masalah atau kemurungan macam saya," tulisnya di Instagram. Jelas Safiey, hasratnya itu bagaimanapun tertangguh dek perintah lockdown berikutan pandemik Covid-19. Lantaran itu, Safiey memberi amaran kepada semua pihak agar berjaga-jaga kerana dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya difitnah.
"Awas! Ratu Semesta Alam bakal menjadi Ratu Undang-undang. Kata-kata saya tak kosong ya. "Kau jangan macam-macam, nanti kau kena tangkap dan kena reman 24 jam!" katanya memberi amaran. - CARI
|
ADVERTISEMENT