Tindakan Terengganu melaksanakan pengasingan zon tempat duduk lelaki dan wanita mencetuskan pelbagai respons di kalangan warga maya. Malah, ada yang melabelnya sebagai pawagam mesra LGBT!
Menurut pengurus Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square, Mohd Zulmajdi Razali berkata, pelaksanaan yang bermula beberapa hari lalu itu mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu. "Pelaksanaan peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah," katanya kepada Sinar Harian. Bukan saja mendapat reaksi negatif di kalangan warganet, malah ia turut mendapat perhatian pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang meminta Putrajaya campur tangan supaya kerajaan negeri Terengganu membatalkan pelaksanaan zon pengasingan jantina di pawagam. Bagaimana pula dengan geng Sajat? - CARI
|
Normabaru: Edited by Normabaru at 6-7-2020 06:09 PM Bagusla.. Try and error.. Nnt dah xcukup tempat duduk and rugi jgn salahkan sesiapa.. For me this is a jok ...
RatuDunia94 replied at 6-7-2020 05:53 PM
Kat sana ada 1 je ke panggung wayang?
Kat kelantan langsung xde eh??
ADVERTISEMENT