Lebuh raya adalah persekitaran yang amat berbahaya dengan kehadiran banyak kenderaan. Justeru, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang awam untuk tidak mengambil risiko mengalihkan sebarang halangan atau objek yang tercicir di lebuh raya. Namun, tular video rakaman di Twitter menunjukkan seorang lelaki mengalihkan serpihan tayar di jalan raya. Video tersebut telah dimuat naik oleh isteri lelaki berkenaan yang sedang menunggu di tepi bahu jalan. Tidak dinafikan, tindakan yang dilakukan itu sememangnya bagus, tetapi pada masa sama ia mengundang bahaya. Perkara ini turut diakui para netizen. Perbuatan baik tapi bahaya Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 sebelum pasukan PLUSRonda atau Propel dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan objek berkenaan. Tidak semua orang sanggup untuk berkorban dan membahayakan diri demi kesejahteraan orang lain. Namun, tindakan terbabit boleh mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh oleh kenderaan lain sekali gus menyebabkan kemalangan yang boleh membahayakan orang lain juga. Malang memang tidak berbau. - CARI
|
prettyuglybabe replied at 6-7-2020 11:18 AM
senang je cakap jangan alih apa-apa kat highway tu..
kalau pasang cctv serata highway and peronda c ...
prettyuglybabe: senang je cakap jangan alih apa-apa kat highway tu..kalau pasang cctv serata highway and peronda cepat buat kerja, takde la orang awam sanggup bergada ...
dua_chzy replied at 6-7-2020 11:59 AM
Allahu lagik! Ya Hu Wa Hu!
Normabaru replied at 6-7-2020 11:48 AM
Wife dia reply kt socmed bgtau itu mmg habit laki dia..before this pernah rekod selamatkan kucing ba ...
Nurul8001 replied at 6-7-2020 08:43 PM
Husband saya pernah buat gini. Sibuk2 nak alih be benda kat Highway. Tapi, idokla saya rakam. Satu ...
ADVERTISEMENT