Walaupun ada yang menyatakan Diet Atkins adalah rutin yang tidak sihat, namun ia dinafikan oleh gadis ini apabila berat badannya telah turun sebanyak lima kilogram dalam masa tiga minggu. Tidak mengambil sebarang karbohidrat, sebaliknya memperbanyakkan sayur-sayuran dan protein, Raehanas mahu berkongsi dengan lebih ramai individu untuk mendapatkan berat badan ideal dengan Diet Atkins. Mengakui bahawa diet Atkins yang diamalkannya agak meletihkan kerana perlu mengelakkan karbohidrat, namun setelah melihat hasilnya, Rae jadi bersemangat dan meminta semua orang bersabar jika mahu mengamalkan diet ini.
Rae turut berkongsi menunya sepanjang berdiet ini yang terdiri dari telur hancur, salad, sosej, air teh hijau dan lain-lain. Selain itu, Rae turut berkongsi tip untuk lebih cepat menurunkan berat badan iaitu bersenam dua kali seminggu, tidur awal pada jam 10 malam dan cara paling bagus mengawal nafsu makan yang menggila adalah mencari kawan yang sealiran supaya sama-sama menyokong. "Kau tau tak another level pain ialah, bila orang lain makan sedap-sedap, tapi kau makan telur goreng setiap hari." Memandangkan Diet Atkin ni dah lama bertapak di Malaysia, forumner di sini pun pastinya ada yang mengamalkan diet yang sama. Berkesan atau sekadar di pinggiran?- CARI |
AyaqMeloSuam: Sausages beli ada carb dlm sb mmg mixed dgn tepung nk bg kental... {:thief
ADVERTISEMENT