Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Nohamad dan empat lagi ahli parlimen yang dipecat menegaskan mereka masih lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). "Kami tidak pernah mengisytiharkan keluar dari parti mahupun menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini," katanya dalam kenyataan media bersama hari ini. Tegasnya, keputusan mereka tidak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional tidak bermakna mereka keluar parti. "Pengeluaran dari parti tidak boleh dibuat Setiausaha Kerja melainkan selepas diadukan kepada Jawatankuasa Disiplin dan pihak yang dituduh diberi peluang mempertahankan diri," katanya yang menyeru ahli parti berpegang kepada cogan kata parti berkenaan. Loading FB Post... Katanya, kerajaan hari ini bukanlah kerajaan pilihan rakyat. "Kerajaan yang sah dan hak adalah Pakatan Harapan. Bersatu milik kami dan ahli parti yang setia dengan prinsip asal perjuangan parti," ujarnya. - CARI
|
mbhcsf: kerajaan yg ada bukan pilihan rakyat????stop using rakyat punya nama sebab bulan pusa bukan main rebut rebut...kerajaan PH ternyata gagal kawal Covid1 ...
mbhcsf replied at 2-6-2020 05:44 PM
kerajaan yg ada bukan pilihan rakyat????
stop using rakyat punya nama sebab bulan pusa bukan main ...
underground replied at 2-6-2020 07:08 PM
hobi atuk..
Orix replied at 2-6-2020 07:01 PM
mmg bukan pilihan rakyat pun dekkkk...... siapa kau nk suruh che det stop using rakyat punya nama ...
ashilalat replied at 2-6-2020 08:19 PM
Rakyat undi wakil rakyat, bukan parti
Kata penyokong pee esh di kala BN kalah p ...
ADVERTISEMENT