CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ekor Masuk Lubang Hidung, Remaja Pengsan Tepi Jalan Leher Dibelit Sawa Peliharaan

22-5-2020 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8872| Komen: 48

Remaja lelaki pengsan di tepi jalan selepas lehernya dibelit ular sawa di Klungkung, Bali, semalam.

Memetik laporan TribunNews, Gusti Ngurah Bagus Permana, 16, ditemui orang awam rebah berhampiran motosikalnya dalam keadaan enjin masih hidup.


Menurut saksi, beberapa orang awam di tempat kejadian pada mulanya berasa takut untuk menghampiri remaja yang kelihatan kekejangan dan mukanya membiru itu kerana khuatir ia disebabkan Covid-19.


Kredit foto: TribunNews

Namun, apabila dihampiri mereka terkejut melihat leher mangsa dibelit seekor sawa sepanjang lebih kurang 1.5 meter.

"Ekornya sudah masuk ke hidung dan kepala ular masuk ke celah kelangkang.

"Telinga mangsa juga sudah berdarah," katanya.

Mereka kemudian bergegas memberi bantuan dan menghubungi ambulans sebelum Gusti dikejarkan ke hospital.


Difahamkan, ular itu diserahkan kepada pihak polis.

Menurut Pesuruhjaya polis Daerah Klungkung Nyoman Suparta, sebelum kejadian mangsa sedang menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang kepala ular yang ditangkapnya untuk dibawa pulang sekitar jam 11 pagi.

Namun, mangsa kemudian tiba-tiba berhenti dan rebah dalam keadaan lehernya dibelit haiwan berkenaan.

Kata Nyoman, ketika itu ekor ular sudah masuk ke lubang hidung dan kepala ular di celah kelangkang mangsa.

"Mangsa dikatakan sering menangkap ular untuk dipelihara," katanya.



Mangsa bernasib baik keadaannya tidak parah dan kini sudah semakin pulih. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 22-5-2020 10:54 AM
wild animal ni sifatnya memang mcm tu ..ta kira laa bela dari lahir sekali pun, takpaham kenapa nak jadikan pet animal jugak
Quote slavehunter 22-5-2020 10:57 AM
Dik...kenapa adik tangkap ular nak pelihara macam tangkap burung dik.....jangan cakap akak tak tegur.
Quote bloodyamuk 22-5-2020 11:02 AM
bawak motor pegang kepala je? ni ular sawa bukan ular lain...kekuatannya pada melilit...waduh confident penting
Quote Tinot7 22-5-2020 11:10 AM
GWS

Tingat iols kat mamat omputih ni yg suka sgt tangkap binatang.

[youtube]-usYlzvCVeo[/youtube]
Quote jofizo 22-5-2020 11:12 AM
nih kepala ulaq liaq mmg agresif sifatnya.....kalau selalu naik moto pegang kepala ulaq dlm seluaq xpa....
Quote epal21 22-5-2020 11:15 AM
Seramnya. Takde masalah,cari masalah. Wild animals belong in the wild bukannya jadi pet atau pun masakan.
Quote loladaily 22-5-2020 11:38 AM
Seramnyaaa. Meols kalau tgk mau lari tak cukup tanah
Quote Artemesiaa 22-5-2020 11:46 AM
Bahayanya tunggang motor sambil pegang ular.  Patut masukan dalam guni ke apa lebih selamat nak bawa
Quote Kurex 22-5-2020 12:01 PM
Tekan dada la ngok... Bukan tekan perut.. leluhur leluhur...
Quote noor2 22-5-2020 12:07 PM
Orang bela ular dia pun nak bela tapi x de ilmu. ...akak suka tengok...budak muda Australian ni awal.20an dengan ular kesayangan dia nama Kevin  malaysian king cobra [youtube]gjVVf3GM82s[/youtube]
Quote selipar_hijau 22-5-2020 12:10 PM
Ni kiranya tak dan nak bela la kan
Quote JDT 22-5-2020 12:16 PM
Ular piton.... alihbahasa terus dari python..
Quote umbut 22-5-2020 12:39 PM
Ko ingat ko hebat siap nak buat peliharaan... adooiii
Quote fliphair8 22-5-2020 12:40 PM
Hakak baca tajuk dah tahu mesti kat yindon ni..
Quote lady_suria 22-5-2020 12:44 PM
keja bodoh
baik kau bela anjing dik
boleh jugak jaga rumah
acik nak ucapkan padanlah muka kau dik
Quote PEPPERMAN 22-5-2020 12:46 PM
Kelazimannya ular liar ditangkap Marul ke karung, kau pegang macam tu saja
Quote Kurex 22-5-2020 01:00 PM
noor2 replied at 22-5-2020 12:07 PM
Orang bela ular dia pun nak bela tapi x de ilmu. ...akak suka tengok...budak muda Australian ni awal ...

Helok........
Quote sharlenetexas 22-5-2020 01:10 PM
Teringat pulak ular sawa sesat kat flat tingkat 13.
Quote Simunggu 22-5-2020 01:16 PM
org cakap bagus pelihara ular dari simpan bangsa tu....

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.237496 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top