CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anju Saman Fitnah RM3 Juta Terhadap Amyza

23-5-2020 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17871| Komen: 100

Description: Masih ingat sebelum ini Zarina Anjoulie pernah menuntut Amyza Aznan dan Emelda Rosmila memohon maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta?
Masih ingat sebelum ini Zarina Anjoulie pernah menuntut Amyza Aznan dan Emelda Rosmila memohon maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta?



Terbaru, BERNAMA melaporkan Anju, 34, memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza berhubung isu tuntutan bantuan khusus bagi golongan artis susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), baru-baru ini.


Kredit foto: IG Zarina Anjoulie

Anju pada 23 April lalu memfailkan saman itu menerusi Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dengan menamakan Amyza, 46, sebagai defendan tunggal.

Difahamkan, kes itu disebut secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli, semalam sebelum menetapkan 28 Mei ini untuk pengurusan kes.


Menerusi semakan dalam e-filing, plaintif dalam penyataan tuntutannya mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian  artis menyuarakan pendapat mereka dan meminta kerajaan memberikan "bantuan khusus" buat penggiat seni.

Plaintif kemudian mendakwa pada 28 Mac lalu, dia menerusi Instagram menyatakan pendapatnya bahawa golongan artis tidak memerlukan bantuan khusus berkenaan, sebaliknya mana-mana artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain.


Kredit foto: IG Amyza/IG Zarina Anjoulie

Dia juga menyuarakan bahawa artis berkemampuan dan berpendapatan besar seharusnya mempunyai simpanan mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19.

Plaintif mendakwa sebuah kumpulan di aplikasi Telegram telah ditubuhkan pada 29 Mac iaitu 'BANTUAN COVID-SENI 2020' yang membincangkan mengenai bantuan COVID-19 kepada artis tempatan.

Dakwanya, dia telah difitnah Amyza menerusi kumpulan yang memiliki sekurang-kurangnya 819 ahli itu hingga menyebabkan ramai ahli terpengaruh dengan kenyataan fitnah itu.

Amyza juga didakwa memfitnah plaintif di IG pada April lepas dengan mendakwa Anju seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, mempergunakan orang lain untuk menyerang defendan dan sering menabur fitnah terhadap artis lain.



Akibatnya, plaintif mengalami kemurungan kerana dimalukan, menerima kecaman dan reaksi negatif daripada masyarakat menyebabkan reputasinya tercalar.

Plaintif memutuskan untuk menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah dan permohonan maaf daripada defendan.

Selain itu, Amyza dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • hongkee1195

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 22-5-2020 05:33 PM
Mohon kes dibatalkan. Kahkahkah  
Quote Melur1 22-5-2020 05:38 PM
Err .. masih relevan ke dua ekor ni
Quote hyie 22-5-2020 05:41 PM
kak kaiya masih jual telekung cap Kaiyaa lagi ke sister?
Quote salmon-suki 22-5-2020 05:43 PM
Kemurungan?celah mana kemurungan tu?
Quote selipar_hijau 22-5-2020 05:45 PM
Didoakan supaya Zarina Anjouli menang kes ini
Quote jajamis 22-5-2020 05:47 PM
Boring bosan attention seeker
Quote loladaily 22-5-2020 05:48 PM
selipar_hijau replied at 22-5-2020 05:45 PM
Didoakan supaya Zarina Anjouli menang kes ini

Meols pn harap anju menang. Meols bukan karat anju ok
Quote beta_carotene 22-5-2020 05:54 PM
Nama betul ko azizah ke

Gigih berkaaia bagai
Quote biskut_milo 22-5-2020 06:04 PM
Waste of courts time je, yang untung lawyer.  Sah sah defendan tak mampu bayar kalau plaintiff menang.  Plaintif punya masa silam mmg buruk. But she dah berubah or trying hard to change for her son. Yang ungkit  pasal masa silam plaintif pun, macamlah her history was perfect .. sigh just minta maaf and carry on with life la...
Quote Lailerthee 22-5-2020 06:10 PM
Wahhhhh         
Quote pichee 22-5-2020 06:18 PM
Logik ke nk menang?

Tp pkp kali ni mmg anju blh clean up profile die. Terus jd suci bagai..i pn tgk je la video2 die... Ala just tgk je la...gitu ..
Quote belacan_gurl 22-5-2020 06:27 PM
Edited by belacan_gurl at 22-5-2020 06:28 PM

Releks amyza....mesti ramai geng2 artis akan menolongmu...susah sama2..senang sama2.. mereka xkan lari....ngengehhh
Quote ALDRIN 22-5-2020 06:27 PM
Anju nk saman 3 jota??? Akak ni pon duduk kat flat belakang tangki air AU3, Keramat sana.....celah bulu mana sheols nk membayor???
Ujung2 kes ni mati tgh jalan jer...kecoh jer lebih...
Quote meteorspeed 22-5-2020 06:29 PM
Kihkihkih so grab the popcorn. Iols harap anju menang
Quote olezzeli17 22-5-2020 07:39 PM
Kalau tak sebut saman jota jota, bukan retis la namanya.. Hehehe
Quote sok_suci 22-5-2020 07:45 PM
Pape je la kes korang. Lucu bongok pun ye jugak. Pastu kemurungan bile anju ni...
Quote barfi 22-5-2020 07:58 PM
Kemurungan mende nya.. nampak galak je manjang dengan bf busuk dia tu hahahaha
Quote somaki 22-5-2020 08:09 PM
ALDRIN replied at 22-5-2020 06:27 PM
Anju nk saman 3 jota??? Akak ni pon duduk kat flat belakang tangki air AU3, Keramat sana.....celah b ...

Bukan laki kaiaa ni kaya ke?
Quote belilies 22-5-2020 08:32 PM
Kak kaya sorg je ke yang sheols saman? Bukan aritu ramai lagi ke yg bercekau ngan sheols pasal BPN?

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056936 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top