CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Maut Tercekik Gula-gula Jeli

22-5-2020 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5487| Komen: 21

Budak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jeli.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di kediaman mangsa di Kampung Batu Manikar, Labuan,  jam 9 malam, kelmarin.



Gambar hiasan

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa meminta gula-gula jeli pada ibunya.

Menurut ibunya, mangsa tercekik ketika makan gula-gula berkenaan sebelum wanita itu cuba mengeluarkannya daripada kerongkong kanak-kanak terbabit.

Wanita itu kemudian memutuskan untuk membawa mangsa ke hospital selepas usahanya mengeluarkan gula-gula berkenaan gagal.

"Setiba di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia.


"Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat selepas analis 'sample spacemant' mangsa diperoleh sama ada positif COVID-19 atau pun tidak," kata Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-5-2020 10:17 AM
Takziah kpd keluarga..
Gula2 jeli ni camne rupa dia?
Quote Mina2215 22-5-2020 10:32 AM
Tinot7: Takziah kpd keluarga..Gula2 jeli ni camne rupa dia?

Gula2 agar2 yang colourful tu.

ada jugak kes budak atau orang tua choking disebabkan kuih-kuih dari pulut macam onde-onde
Quote mejaputih 22-5-2020 11:03 AM
Mina2215 replied at 22-5-2020 10:32 AM
Gula2 agar2 yang colourful tu.

ada jugak kes budak atau orang tua choking disebabkan kuih-kuih ...

Ios dulu kat asrama penah tercekik kuih onde2..tu la cash to ios sbb confident ngap sebijik yg besar tu sbb mls nk pegang nnt kena basuh tgn..masa tu tercungap2 sakit dada sbb kueh tu nak lepas kerongkong..dah la masa tu kat bilik takde org sgt sbb dorg tgh menikmati kuih tu kat dewan mkn (moreh)..lps tu mmg hati2 mkn and gigit dulu sblm ngap..
Quote munchkin 22-5-2020 11:09 AM
Kuih koci. jeli kering.  all this bahaya  kena potong kecil sebelum makan
Quote any42 22-5-2020 11:28 AM
sedihnya. takziah.
bdk2 mcm tu lah mkn gula2 biasanya smbil mlompat la blari la. mcm i slalu tpksa jd singa jdian klau ank2 buah dok bgurau blari smbil mkn gula2, lollipop. tdektik risau kjadian xblaku dpn mata. tp kdang takut bila blaku dpn mata panik xpndai nk bg bntuan kcemasan/pnafasan pula.
Quote ahlam_nabiha 22-5-2020 12:27 PM
makan ubat pon kena hati2 juga..kdg ada juga ubat yang besar..pernah jadi makan ubat tersekat kt kerongkong nak bernyawa rasa susah..ketuk2 belakang badan baru ubat tu terkeluar.

utk semua..memang kena tau cara bantuan kecemasan . contoh macam video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=IkiuX0My_qI
Quote umbut 22-5-2020 12:37 PM
Memang bahaya.. kena ajar anak3 makan kunyah.. makan sikit2... jgn telan je... bahaya
Lagi2 kuih mochi or kuih yg liat2 tu
Quote awanearisu 22-5-2020 12:56 PM
Takziah di atas pemergian anak di musim perayaan pkp ini.
Quote loladaily 22-5-2020 12:57 PM
Allahu. Takziah
Quote blythes 22-5-2020 12:58 PM
makanan yang bulat2 pun kena belah dulu sebelum bagi anak - contoh: anggur.
Quote xmatrempit 22-5-2020 01:13 PM
any42 replied at 22-5-2020 11:28 AM
sedihnya. takziah.
bdk2 mcm tu lah mkn gula2 biasanya smbil mlompat la blari la. mcm i slalu tpksa ...

singa jadian..
Quote hiswife 22-5-2020 03:47 PM
Kesiannya dik.. Salam takziah
Quote Melur1 22-5-2020 05:32 PM
Takziah.. kecik lgi 4 tahun
Quote Rainrein 23-5-2020 06:08 AM
Jeli kan lembik lembik gitu, sesetengah budak x reti makan. Kalu anak anak i makan candy jenis jelly ni memang i tengok je. Risau jadi gini la
Quote stania83 23-5-2020 06:29 AM
Sugus tu pon bahaya juga.. hati hati semua.
Quote aliazulaikha 23-5-2020 08:40 AM
Takziah. Dah la nak raya ni
Quote gelas_pelastik 23-5-2020 08:46 AM
mejaputih replied at 22-5-2020 11:03 AM
Ios dulu kat asrama penah tercekik kuih onde2..tu la cash to ios sbb confident ngap sebijik yg bes ...

Ya Allah, sama kes dgn iolss. Tp iols kat ofis masa tu. Sakit gila dada lepas benda tu dh terlepas ke perut. Memang tersumbat betul kat tekak, takleh bernafas. Sampai skrg fobia kalau tengok kuih tu
Quote famri7 23-5-2020 08:53 AM
Jeli tu daerah..Jelly tu makanan..aku duk fikir nate gapo gula2 Jeli.
Quote mejaputih 23-5-2020 11:50 AM
blythes replied at 22-5-2020 12:58 PM
makanan yang bulat2 pun kena belah dulu sebelum bagi anak - contoh: anggur.

Mak iols citer iols penah tercekik mkn anggur masa umur 2 thn..tatau pastu jd camne alhamdulillah iols pjg umur..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046317 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top