Pihak pendakwaan akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini. Sehubungan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik MalaysiaGazette, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak. Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja. “Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya. “Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya. Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini. Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN). Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Adakah benar tindakan undang-undang diambil ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad? Sama-sama kita nantikan - CARI |
minah_selekeh: Berlambak lagi kes yang tak selesai.. Sibuk nak tambah kes baru.. Yang aku teringin sangat nak tengok sambungan kes Zahid Hamidi je..
minah_selekeh replied at 20-5-2020 06:15 PM
Berlambak lagi kes yang tak selesai.. Sibuk nak tambah kes baru.. Yang aku teringin sangat nak tengo ...
ResellerMaxis replied at 20-5-2020 05:23 PM
Apa lagi saman or dakwa lah. Awat xbuat?
Redskin replied at 20-5-2020 06:10 PM
Yaa setuju tindakan diambik terhadap Madey.
Selama ni membuat fitnah, menipu, menghasut rakyat da ...
oranjes replied at 20-5-2020 06:13 PM
sendiri punya kes apa cite{:question
untung la bleh lepas mcm riza nanti
harizs replied at 20-5-2020 07:07 PM
Tommy Thomas yg lepaskan sbb xde kes
ADVERTISEMENT