View: 3501|Reply: 33
|
Sudah Tiba Masa Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Tun M - Shafee Abdullah
[Copy link]
|
|
Kredit gambar : New Straits Times
Pihak pendakwaan akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini.
Sehubungan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik MalaysiaGazette, Muhammad Shafee kemudian bangkit dalam nada suara lantang menyoal mengapa pula tidak ada sebarang tindakan menghina diambil terhadap Mahathir yang kerapkali menuduh anak guamnya sebagai pencuri dan penyangak.
Walhal katanya, kes masih lagi berjalan ketika ini berhubung tuduhan-tuduhan itu sebaliknya Mahathir pula dilihat begitu ‘kebal’ sesuka hati menuduh dan memfitnah Najib dan kemudiannya terlepas begitu sahaja.
“Malah semalam juga beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Riza (Aziz) mencuri dan boleh memulangkan sebahagian daripadanya. Beliau seringkali memanggil anak guam saya sebagai penyangak, pencuri dan sebagainya.
“Mengapa tidak pula sesiapa ambil apa-apa tindakan? Tun Mahathir nampaknya sentiasa terlepas. Mungkin dengan perubahan kerajaan pada masa ini, ada juga ruang untuk mengambil tindakan seperti ini terhadapnya pula,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan 1MDB yang masuk hari ke-36 hari ini.
Sebelum ini, pada 4 Mac lepas, Reuters melaporkan Najib berharap akan ada masa untuk beliau mendapat perbicaraan lebih adil serta suasana kondusif selepas perubahan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).
Perbicaraan bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Adakah benar tindakan undang-undang diambil ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad? Sama-sama kita nantikan - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi saman or dakwa lah. Awat xbuat? |
|
|
|
|
|
|
|
Juara melatah terlajak melatah depan YDPA sampai hilang kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bongokkk
Kau yang gegeh jilat heols, kau lah yg saman. Weols tak kossser nak bazir duit masok campor hal bulu pubu yg dah senja. Kau hengat heols tu AGONG ke nak diambil tindakan bahgai. |
|
|
|
|
|
|
|
Yaa setuju tindakan diambik terhadap Madey.
Selama ni membuat fitnah, menipu, menghasut rakyat dan memburukkan seseorang sedangkan Tiada Bukti dan kes masih berjalan.
Atok sanggup buat apa sahaja utk kepentingan peribadi dan bersekongkol dgn parti Dapigs Komineh..
Kalo dah keturunan DKK tuu memang kuat
membelit turun temurun..
|
|
|
|
|
|
|
|
sendiri punya kes apa cite{:question
untung la bleh lepas mcm riza nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Berlambak lagi kes yang tak selesai.. Sibuk nak tambah kes baru.. Yang aku teringin sangat nak tengok sambungan kes Zahid Hamidi je.. |
|
|
|
|
|
|
|
minah_selekeh: Berlambak lagi kes yang tak selesai.. Sibuk nak tambah kes baru.. Yang aku teringin sangat nak tengok sambungan kes Zahid Hamidi je..
Khenzsssss dan yang lain2 pun jangan lupa. Azeez Rahim pun nak gak tau pasal dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
minah_selekeh replied at 20-5-2020 06:15 PM
Berlambak lagi kes yang tak selesai.. Sibuk nak tambah kes baru.. Yang aku teringin sangat nak tengo ...
jgn sbut zahid hamidi je.. tu raja ap rafidah tu kroni2... yg kepala tokan rasuah penyangak tu atuk..
umno tu rosak sbb die.. pkr lahir pun sebad die.. die tu root cause... legasi jahanam kite hdp sampai skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zamzam at 20-5-2020 06:37 PM
ResellerMaxis replied at 20-5-2020 05:23 PM
Apa lagi saman or dakwa lah. Awat xbuat?
Hopefully sesaper org najib akan buatlah. Kau ingat buat saman ni mcm polis trafik issue surat saman bila kau over speed?. |
|
|
|
|
|
|
|
Redskin replied at 20-5-2020 06:10 PM
Yaa setuju tindakan diambik terhadap Madey.
Selama ni membuat fitnah, menipu, menghasut rakyat da ...
setuju saman Mahathir... tapi lepas kena saman naik mahkamah Atok akan buat drama air mata berpeluk2 dengan Mukhriz |
|
|
|
|
|
|
|
oranjes replied at 20-5-2020 06:13 PM
sendiri punya kes apa cite{:question
untung la bleh lepas mcm riza nanti
Tommy Thomas yg lepaskan sbb xde kes |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki ini seorang yang kukuh prinsipnya
no nonsense
ini yang kita tunggu selama ini
tiada sesiapa ahli politik yang boleh mengaku bersih tanpa melalui sebarang siasatan dan proses mahkamah
sekarang baru atok bertemu buku dengan ruas |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu, forex la, kroni la, kayakan anak la. Dah kali ke-2 tak ada kuasa ni, sebelum mati, tolong la dakwa. Banyak kali dah bagi harapan palsu nak dakwa madey. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon saman dan dakwa biar pemuja dia terbeliak punggong |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 20-5-2020 07:07 PM
Tommy Thomas yg lepaskan sbb xde kes
Ag lama lepas deal luar mahkamah...ag baru dipersalahkan sebab proceed dgn keputusan ag lama? |
|
|
|
|
|
|
|
Gaduh la korang. Kuaser nk layan |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah tolak rayuan Dr M kembalikan saman terhadap laporan RCI forex
Bernama -August 28, 2019 7:04 PM
12.3k
Shares
facebook sharing button 12.2ktwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button
Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Hakim Ahmadi Asnawi yang mempengerusikan panel 3 hakim menegaskan dapatan RCI tidak boleh dicabar.
Beliau berkata apa yang dicabar Mahathir adalah dapatan RCI itu sendiri seperti yang terkandung dalam laporan RCI.
-------
Punca utama Mahathir marah Najib ada sebab kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
slax replied at 20-5-2020 08:20 PM
Mahkamah tolak rayuan Dr M kembalikan saman terhadap laporan RCI forex
Bernama -August 28, 2019 7:0 ...
no wonder dua beranak tu meratib najib... najib... najib.... dlm sidang media masing2 baru ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|