Kalau dah nama rezeki, berniaga apa pun pasti mendatangkan hasil buat mereka yang berusaha. Begitulah yang sedang dialami oleh Amir Raja Lawak yang mengusahakan perniagaan air jagung sejak tiga tahun lalu.
Walaupun tidak menjalankan perniagaan di bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini, air jagungnya tetap menjadi buruan orang ramai. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 31, bersyukur apabila rezekinya semakin bertambah pada Ramadan kali ini. "Kalau dulu saya berniaga di bazar, tapi pada tahun ini saya menumpang sahaja berniaga di hadapan kedai milik rakan yang terletak di Prima Saujana, Kajang.
"Tapi, tak sangka pula sambutan kali ini lebih baik daripada berniaga di Bazar Ramadan. Tahun ni siap pasang ejen dan runner. "Malah, saya dapat permintaan luar biasa daripada ejen Air Jagun Amirreka yang berada di sekitar Lembah Klang" ujarnya ketika ditemui mStar online. Sudah pasti air jagung Amir ini sedap kerana mendapat permintaan yang tinggi. Anda pernah cuba? Kongsikan kepada kami. - CARI
|
ADVERTISEMENT