Lama juga tak dengar khabar pelakon Lisdawati yang pernah membintangi filem KL Menjerit yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Terkini, pelakon jelita itu tampil memohon semua pihak agar tidak menyiarkan foto lama dirinya tanpa hijab dan menghormati permintaannya itu. Menerusi BH Online, Lisdawati atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah membuang dan membakar foto lama kerana tidak mahu menjadi 'saham' dosa andai dirinya pergi kelak.
"Kesedaran ini timbul selepas mendengar ceramah seorang ustaz di kelas agama yang dihadiri. Sejak hari itu, saya sudah buang dan bakar semua foto lama saya yang tidak berhijab. "Apa yang masih dalam simpanan adalah gambar perkahwinan sebagai kenangan. "Saya tidak mahu apabila mati kelak, gambar itu menjadi 'saham' dosa buat saya. Untuk mengelak perkara itu, ustaz nasihatkan saya buat pengumuman meminta foto lama dihapuskan. "Selepas itu, jika ada pihak yang masih menyiarkannya, itu bukan tanggungan saya lagi... Saya sudah terlepas. Itu yang membulatkan tekad saya untuk mengumumkan perkara ini di Instagram (IG)," katanya kepada BH Online. Tambah Lisdawati, langkah itu bukan untuk dirinya sahaja, malah demi kebaikan insan sekeliling. "Alhamdulillah, selepas mengumumkan perkara ini insan yang paling gembira adalah emak saya. "Suami juga menyokong keputusan ini. Iyalah, saya buat kerana sayangkan dia," ujarnya. Lisdawati yang juga isteri pelakon, Fauzi Nawawi, membuat pengumuman mengenai perkara itu di IG, semalam. Melalui perkongsian itu, aktres berusia 42 tahun ini mengepilkan keratan majalah memperlihatkan bahagian rambut dirinya dan artis lain yang bergambar sama, diconteng pen hitam bagi melindungi aurat terdedah. Syukur alhamdulillah, rasa turut gembira mendengar permintaan Lisdawati ini. Sama-samalah kita hormati permintaannya agar tak menyiarkan lagi mana-mana gambar ketika dia tidak berhijab dulu. - CARI |
sfrnna: Edited by sfrnna at 19-5-2020 04:08 AM drama2 tu kalau ada ulangan nak tak nak kena redha jela.. u yang pilih jalan tu kan.. dia patut tengok arti ...
Jitu: masa KL Menjerit dia guna nama Nisdawati pastu knp lak dia tukar ye ?
September14 replied at 19-5-2020 12:59 AM
Suke tgk dia ni blakon jd mak2 lembut jer
aliazulaikha replied at 19-5-2020 07:06 AM
Kalau tak silap masa tu Dia kata nisdawati tu takde luck for her. Tapi rasanya itu la sebenar d ...
LadyCarefree replied at 19-5-2020 12:54 AM
Ko dah mati dah terputus la apa2 kat dunia. Mana datang saham dosa lah pulak? Macam2 laaaaaa
ADVERTISEMENT