CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Mumbai Lumpuh Akibat Kepadatan Pesakit COVID-19

18-5-2020 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7013| Komen: 42|Original author: Esmiria





MUMBAI: Sukar untuk digambarkan keadaan kritikal yang sedang berlaku di Hospital Mumbai ketika ini. 

Memetik AFP, perang Mumbai terhadap COVID-19 menyebabkan hospital di bandar India itu hampir lumpuh.

Ravi, 26, terpaksa menukar sendiri lampin ibunya yang sedang terbaring nazak akibat dijangkiti penyakit itu di Hospital Umum Perbandaran Lokmanya Tilak, atau lebih dikenali sebagai Sion.

"Mereka hanya beri kamu ubat dan berlalu tinggalkan kami," kata Ravi (bukan nama sebenar) kepada AFP.

Kakitangan di fasiliti yang memiliki 1,300 katil itu tidak cukup rehat dan kepenatan, katanya, apabila perlu merawat tiga pesakit di atas satu katil.

Dia juga kini dijangkiti virus itu dan kini ditempatkan di hospital lain, selepas empat fasiliti perubatan enggan menerimanya sebagai pesakit.

"Kami tidak memiliki infrastruktur untuk penyakit ini," katanya.

Hospital Sion yang diuruskan kerajaan, kini menjadi contoh kegagalan Mumbai, yang menjadi lokasi kediaman jutawan, Bollywood dan setinggan, untuk menguruskan pandemik itu.

Satu video yang tersebar luas di media sosial dan dipaparkan di televisyen India menunjukkan beberapa mayat yang dibungkus dalam plastik hitam, ditinggalkan di atas katil dalam sebuah wad, di mana pesakit sedang dirawat.

Pihak berkuasa memaklumkan sedang menyiasat video itu.

Pihak doktor memaklumkan, pengurusan mayat yang dijangkiti COVID-19 agak sukar berikutan ruang yang terhad, serta ahli keluarga bimbang atau tidak mampu menuntut mereka yang meninggal dunia.

Namun, menguruskan pesakit yang masih hidup adalah lebih sukar.

"Kami tidak memiliki katil yang mencukupi untuk menampung kes jangkitan yang banyak. Ruang kecemasan penuh hanya dalam masa beberapa jam," kata Aditya Burje, doktor muda yang bekerja syif malam di hospital Sion, kepada AFP.

Jarak hospital itu dengan setinggan terbesar India, Dharavi juga menjadikannya sebagai lokasi utama peperangan menentang pandemik itu.

"Pada Mac, hanya ada satu atau dua kes yang disyaki sehari. Semuanya nampak terkawal, namun situasi berubah drastik pada penghujung April.

"Kami merawat antara 50 hingga 100 pesakit sehari, dengan 80 peratus daripadanya didapati positif dan ramai yang memerlukan bantuan oksigen," katanya. 


Melihat keadaan yang berlaku di Mumbai ini, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan sentiasa mematuhi SOP dan saranan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19. - CARI




Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 17-5-2020 05:05 AM
Dorg xd alatan yang canggih kesian jugak
Quote darkness 17-5-2020 05:08 AM
Inilah yg kkm sangat risau pada awal penularan covid 19 di malaysia. Nasib baik gov ikut nasihat kkm..kalau tak kita jadi seperti mana2 hospital yg terpaksa memilih manusia siapa yg patut hidup. Yang masih degil nak mampos tu sy doakan ko mati tidak menyusahkan orang lain yang masih berjuang untuk lebih lama hidup.

Singapore negara kecik kenapa boleh survive? Sebab yg infected tak masuk hospital pun...masih dalam dorm. Kuarantin dekat sana..yang masuk hosp pun yang kronik..yg teruk ja. Yang bagusnya, yang dijangkiti tu area situ ja...virus tu tak keluar keuar. Seperti area selayang yg dikenakan PKPD.
Indonesia bakal2 booming...langkah PSBB dorang suda terlambat..penularan sudah ke serata daerah baru buat psbb. Jumlah penularan masih meningkat walau dah sebulan psbb jakarta dibuat...
Quote iminidin 17-5-2020 06:37 AM
India dah sedar menda ni akan berlaku sejak awal Januari hrtu dah..

Kalau covid19 ni hit negara diorang..
Memang hospital akan lumpuh..
Kapasiti rakyat miskin terlalu ramai.. dan kemudahan yang tak seberapa.. Belum kira dengan tahap kebersihan lg..

Quote totokreturn. 17-5-2020 06:44 AM
Cubaan utk menjatuhkan negara india yg dicintai

Bukan ke india antara top country yg bagus manage covid19 ni
Quote Tinot7 17-5-2020 06:47 AM
semoga dipermudahkan urusan
Quote nefnefnef 17-5-2020 06:49 AM
Diorang kalau takde covid pun dah sediakala ada problem kepadatan penduduk
Quote Bell 17-5-2020 06:52 AM
Yg umur atas 65 biarkan saja mati. Italy buat mcm ni. Italy punya healthcare antara terbaik di dunia pun tak mampu nak cope dgn pesakit.
Quote Fur 17-5-2020 07:30 AM
Kita patut bersyukur sgt dgn facilities perubatan yg bagus. Negara luar aduhaii... Kena lg mcm Yindia... Sediihhhh....
Dah2 la kutuk kerajaan.
Quote tiesza169 17-5-2020 07:51 AM
Sangat setuju... Semua tindakan kerjaan takmlain tak hukan untuk rakyat jugak... Jd kita sebagai rakyat kena faham.... Tak yah nak condemn sangat semua tindakan kerajaan
Quote krustykrab 17-5-2020 07:55 AM
Itu pun si NGOk nk suruh kita terima je pati rohingya yg nk masuk ...diorg ckp mmg senang, bust saringan , kuarantin segala...duitnya ongkos nya nk pakai duit korg ke?
Aku harap cepat2 la gomen nyahkn pati ni semua
Quote bizsari 17-5-2020 08:26 AM
org keling dari Malay sia pun tak sanggup dok kat India

negara asal tok nenekmoyang mereka.

tapi kat Malay land mereka biadap mcm DAPig dan tak bersukur


Quote kelapaparut 17-5-2020 08:48 AM
i xdpt bygkan hospital mumbai mcm mane, hkl pun i tgk sesak org ramai
Quote babynina30 17-5-2020 09:04 AM
darkness replied at 17-5-2020 05:08 AM
Inilah yg kkm sangat risau pada awal penularan covid 19 di malaysia. Nasib baik gov ikut nasihat kkm ...

Lps tu degil pulak warga yindo semua sdes
Quote bakingsoda 17-5-2020 09:10 AM
tiga orang sekatil
Quote ninja boy 17-5-2020 10:20 AM
Rakyat negara india patut pupus separuh populasi.
Quote Esel768 17-5-2020 11:18 AM
Share katil? Dh la sakit. X selesa pulak tu.
Quote darkness 17-5-2020 11:28 AM
kelapaparut replied at 17-5-2020 08:48 AM
i xdpt bygkan hospital mumbai mcm mane, hkl pun i tgk sesak org ramai

Sebenarnya philipines lagi sedih hospital dorang dik. Tak tau macam mana dorang manage sampai nak terima rawatan pun kena datang seawal jam 2 pagi semata2 untuk amik nombor..
Quote Artemesiaa 17-5-2020 11:30 AM
Mereka benar2 tak bersedia nak terima pesakit akibat wabak sebab serba kekurangan dan bilangan penduduk yang ramai.  
Quote Supersirap 17-5-2020 01:36 PM
Jika kita fikir negara kita ini susah, fikirkan ada lagi negara yang lebih susah daripada kita, jadikan perkara ini sebagai kita muhasabah diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.220012 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top