CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Felo Mereput Di Asrama IPTA

18-5-2020 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20123| Komen: 173

Bau busuk membawa kepada penemuan mayat reput seorang wanita di asrama sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kajang, semalam.

Sinar Harian melaporkan, warden asrama terhidu bau busuk dari dalam bilik berkenaan jam 12.43 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.



Gambar hiasan
Kredit Foto: Hindustan Times

"Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya," kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Difahamkan, mangsa merupakan felo asrama di universiti berkenaan dan polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah memandangkan barang mangsa tidak terusik ketika polis melakukan pemeriksaan di dalam biliknya.

Siasatan juga mendapati mangsa bergantung pada insulin sejak disahkan menghidap kencing manis ketika berusia 16 tahun.


Tambah Mohd Zaid, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 18-5-2020 02:34 AM
Innalillah...ya Allah kesiannya...
Harap2 bkn sebab covid19..
Quote nefnefnef 18-5-2020 02:39 AM
Allah... Sejak 16 tahun dah diabetes.
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Quote loladaily 18-5-2020 02:44 AM
Inalillahiwainnailaihirojiun
Quote helicornia 18-5-2020 04:07 AM
pelajar ke kakitangan? kejap pelajar kejap kakitangan
Quote cruz2 18-5-2020 04:32 AM
Katanya felo di ukm bangi berbangsa india
Quote Tinot7 18-5-2020 05:08 AM
takziah kpd keluarga
Quote AbukRokok 18-5-2020 05:11 AM
penangan lockdown

jap lagi femes la hantu
Quote Atata 18-5-2020 05:20 AM
Perlu ke disebut berbau tu. Apodah. Reput tu dah cukup la nak memahamkan keadaan.
Quote pearl.silver 18-5-2020 05:28 AM
cruz2 replied at 18-5-2020 04:32 AM
Katanya felo di ukm bangi berbangsa india

Kt uni i dulu, student postgrad boleh apply jadi felo
Quote sheqim 18-5-2020 05:33 AM
Upm ke ukm ni? Erkkk
Quote Sazida 18-5-2020 05:34 AM
18tahun hidap kencing manis., mesti dah lebam kt perut tu sebab insulin.
Quote cmf_premierleag 18-5-2020 05:43 AM
Takziah buat family dia
kesiannya la kan.musim2 nak raya ni masih ramai lg ke students yg masih terkandas lps gomen kasi balik awal bln mei tu?
Quote liyamariska 18-5-2020 05:45 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote aliazulaikha 18-5-2020 06:02 AM
Salam Takziah buat family mangsa.
Quote KIM.K 18-5-2020 06:19 AM
helicornia replied at 18-5-2020 04:07 AM
pelajar ke kakitangan? kejap pelajar kejap kakitangan

Student postgrad yg dilantik jadi felo. Dibagi seunit apartment xyah bayar

Dia jaga student tu tapi org xsedar heshe collapse
Quote KIM.K 18-5-2020 06:20 AM
First time dengar remaja kena diabetes ni teen umo 16yo from belgium. Lahir xcukup insulin
Quote salmon-suki 18-5-2020 06:36 AM
Sazida replied at 18-5-2020 05:34 AM
18tahun hidap kencing manis., mesti dah lebam kt perut tu sebab insulin.

16thn kan sis dia hidap diabetes
Quote ulamalu 18-5-2020 06:38 AM
salmon-suki replied at 18-5-2020 06:36 AM
16thn kan sis dia hidap diabetes

Umur sekarang - umur start kena, 34-16=18 tahun.
Quote fliphair8 18-5-2020 06:50 AM
Short of insulin ke? Tak pi klinik masa pkp?

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.066006 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top