Pesakit Covid-19 disarankan tidak melakukan aktiviti seksual selama 30 selepas sembuh daripada jangkitan, kata pakar. New York Post melaporkan, amaran itu dikeluarkan selepas satu kajian di China mendapati selain air liur, air mani juga berpotensi membawa virus maut itu.
Lantaran itu, pakar di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Veerawat Manosutthi menyarankan agar individu terbabit menunggu sekurang-kurangnya 30 hari sebelum melakukan sebarang aktiviti seksual. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) itu, mereka menjalankan ujian ke atas sampel air mani dari 38 pesakit Covid-19 di wilayah Henan yang dengan Wuhan, tempat di mana virus itu dipercayai mula tersebar.
Hasil kajian, mereka mengesan virus berkenaan masih wujud dalam air mani enam daripada pesakit terbabit. Berikutan itu, pesakit yang telah sembuh disarankan mengambil langkah berjaga-jaga walaupun tiada kepastian sama ada Covid-19 boleh menular melalui hubungan intim. Veerawat juga menyarankan penggunaan kondom jika mahu melakukan hubungan seksual selepas 30 hari pulih dari jangkitan Covid-19. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 17-5-2020 11:37 AM
Alah bini berpantang elok je boleh tahan..
sukacactus: Eh tetiba teringat kat pelakon ashraff muslim Dah la shooting oversea sebulan lbhBalik dah kena covid dok spitalPastu dah sihat dia sdr minta sambung ...
ADVERTISEMENT