CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2542|Reply: 15

[Dunia] Pesakit Covid-19 yang telah pulih jangan buat seks selama 30 hari - Doktor terke

[Copy link]
Post time 16-5-2020 08:40 PM | Show all posts |Read mode

Pesakit Covid-19 yang telah pulih jangan buat seks selama 30 hari - Doktor terkemukaSabtu, 16 Mei 2020 9:33 AM


Selepas 30 hari, pasangan digalakkan untuk memakai kondom sebagai langkah berjaga-jaga.


MEREKA yang baru saja pulih daripada jangkitan Covid-19 tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks selama 30 hari kerana bimbang virus itu boleh disebarkan melalui hubungan seksual.


Kebimbangan timbul setelah virus Covid-19 ditemui pada air mani seorang lelaki yang pernah dijangkiti virus tersebut.


Susulan itu, seorang pakar perubatan di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand berkata pasangan perlu menunggu selama 30 hari sebelum melakukan hubungan seksual.


Veerawat Manosutthi memetik kajian di China yang memberi amaran air mani dapat membawa virus dan orang ramai harus mengelak melakukan hubungan seks dan berciuman jika mereka dijangkiti Covid-19.


Malah, dia turut menasihatkan pasangan perlu memakai kondom semasa melakukan hubungan seksual selepas 30 hari sebagai langkah berjaga-jaga.


Saintis di China melakukan kajian terhadap 38 pesakit yang terkena virus itu dengan 15 daripadanya masih di hospital manakala 23 sudah sembuh.


Kajian mendapati bahawa enam lelaki menghidap Sars-Cov-2, yang menyebabkan koronavirus mempunyai virus tersebut dalam air manii mereka.


Malah saintis turut berpendapat virus itu boleh hidup lebih lama daripada yang dijangkakan dan dapat disebarkan melalui hubungan seks.- Dailystar







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la.....kasi rehat skit bawah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Virus dalam air mani
AFP

PEKERJA kesihatan memeriksa sampel ujian pesakit bagi Covid-19 di rumahnya di Colombian. FOTO AFP
Washington: Saintis di China mengesan koronavirus ditemui dalam sampel air mani pesakit lelaki yang dijangkiti wabak Covid-19.

Namun, menurut mereka, kajian lanjut diperlukan bagi memastikan sama ada virus itu boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual.

Kajian sekumpulan doktor di sebuah hospital perbandaran Shangqiu di wilayah Henan itu membabitkan 38 pesakit lelaki yang dijangkiti wabak itu berusia 15 hingga 50 tahun.

Daripada jumlah sampel itu, enam daripada mereka diuji positif Sars-CoV-2 yang turut dikesan di dalam air mani masing-masing.

Penyelidik itu mengakui, kajian lanjut diperlukan bagi melihat sejauh mana hubungan seksual boleh menyebarkan virus itu berikutan penemuan itu masih awal dan hanya membabitkan saiz sampel terhad.

"Kajian mendalam diperlukan untuk mendapatkan maklumat terperinci waktu bertahan dan konsentrasi dalam air mani.

"Jika benar terbukti Sars-CoV- 2 boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual, mungkin langkah pencegahan lebih sukar.

"Elak atau pakai alat pelindungan kondom mungkin boleh dipertimbangkan sebagai langkah pencegahan bagi pesakit," kata pasukan penyelidik itu.

Kenyataan itu dipetik menerusi kajian mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (Jama).
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya nk kawin wajib buat hiv test, skarang kena tambah covid 19 test pulak nmpk gayanya selagi x jumpa vaksinnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah igtkan cecair dr mulut/hidung ja sampai dlm air mani pun ada ye.

Sakit ni dah mcm satu hukuman plak,menakutkan sekurangnya hiv boleh lagi peluk2 dan bersentuhan.
Covid 19 dah sembuh pun mesti org lain takut2 nk duk dekat.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tetiba teringat kat pelakon ashraff muslim
Dah la shooting oversea sebulan lbh
Balik dah kena covid dok spital
Pastu dah sihat dia sdr minta sambung plak kuarantin kat spital tu
Uishhh! Berapa lama dia & isteri2nya puasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah bini berpantang elok je boleh tahan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 17-5-2020 11:37 AM
Alah bini berpantang elok je boleh tahan..

Kena campur masa kuarantin. Kena pulak yang simptom ringan.

Bukan semua orang punya daya kesabaran yang tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2020 11:53 AM | Show all posts
Nampaknya satu demi satu masaalah timbul mengenai mereka yang terkena covid19 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
SOALAN: Adakah selepas dijangkiti covid19 dan sembuh sepenuhnya, alat reproduksi anda dapat beroperasi seperti sediakala? Adakah ubat seperti vendamir, leptramir , agrogratabir boleh memberi kesan sampingan kepada sperma anda?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikcap je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama, makin banyak pasal covid ni yang kita discover
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus: Eh tetiba teringat kat pelakon ashraff muslim Dah la shooting oversea sebulan lbhBalik dah kena covid dok spitalPastu dah sihat dia sdr minta sambung  ...

Hahaha. Dh la bini ada 2. Masak la nk tggu turn. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 02:01 PM | Show all posts
Bersabar lah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebgaai sepasang suami isteri, pantang ini penting bagi kebaikkan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je la. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya nye penyakit ni. Sgt menguji umat manusia seluruh dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.171219 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list