Yang penting ada Internet semua benda menjadi mudah. Bersepah iklan raya pilih sahaja mana satu hendak tengok. Tular di Twitter iklan raya dari Saji yang khabarnya menyentuh hati ramai wargamaya. Dalam iklan tersebut, Saji menampilkan 'pelakon air mata' Fauziah Nawi membawa watak ibu yang berkongsi resepi kuah kacang.
Rupa-rupanya, si ibu sedang berkongsi resepi itu kepada anak-anaknya melalui panggilan video. Pada akhir video, anak-anak bertanyakan khabar ibu dan dalam masa sama berasa sedih tidak dapat beraya bersama-sama. Mungkin pihak Saji merujuk kepada keaadan sekarang di mana rentas negeri untuk pulang berhari raya tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak COViD-19. Ternyata iklan tersebut mengundang sebak warga maya kerana situasi dalam iklan tersebut sama seperti yang dialami sekarang ini. Bawang dengan cili kat video kuat sangat sampai kena mata ni... Iklan ni akan terkesan sampai bila-bila... Harapnya, inilah kali pertama dan terakhir kita tak dapat pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung kan? - CARI
|
ctcheery replied at 17-5-2020 12:11 AM
Alamak sebak dah...dah lah memang xleh balik Raya pun. Makayh buka puasa berdua, Raya pun berdua gak ...
Kangkung1M replied at 17-5-2020 08:42 PM
Ada satu video ni. Si anak bertanya soalan teka-teki kepada ibunya. "Apa beza antara mak dengan ke ...
cmf_premierleag: malas nk tgk iklan tu sbb ada muka pojiah nawi kepom
palmolive replied at 17-5-2020 10:55 PM
boleh bawak kita ke sorga
Kangkung1M replied at 19-5-2020 12:34 PM
Jika sayangkan sorga kalian, ikutilah perintah ini:
palmolive replied at 19-5-2020 12:37 AM
Ermm.. Baiklah
Kangkung1M replied at 19-5-2020 12:58 PM
Terima kasih kerna menjadi warga prihatin.
ADVERTISEMENT