Kini masuk dua bulan arwah Maya Matahari meninggalkan kita sejak meninggal dunia pada 18 Mac lalu akibat kanser. Penyanyi Saida meluahkan rindunya yang mendalam terhadap sahabat baiknya itu. Apa yang lebih menyedihkan, Saida berkongsi di Instagram miliknya bahawa arwah masih menyimpan gambar pasportnya di dalam dompet. "Kebiasaannya tanggal 13 mei akan kuungkapkan selamat hari lahir buatmu sahabatku. Tapi, tahun ini situasinya berbeza, hanya doa kukirimkan buatmu. "Gambar pasport itu arwah simpan dalam dompet dan dibawa ke mana-mana. Sepertinya persahabatan yang terjalin ini akan ku nenang sehingga ke akhir hayat. "Al-Fatihah untukmu sahabatku. Akan ku kenangmu dalam setiap doaku," ujarnya. Mengalir air mata penulis dengan kisah ini, betul la orang kata, kita boleh jumpa ramai kawan, tapi sahabat sejati yang sentiasa ingat dengan kita sangat sukar dicari. Semoga arwah tenang di sana. - Sebar kebaikan, tolak keburukan! - CARI
|
awex^returns replied at 14-5-2020 01:55 PM
ini baru betul baik... sampai simpan gambar passport
acik yang ngaku baik tapi 13 tahun tak jumpa t ...
awex^returns replied at 14-5-2020 01:55 PM
ini baru betul baik... sampai simpan gambar passport
acik yang ngaku baik tapi 13 tahun tak jumpa t ...
akuMNdia replied at 14-5-2020 02:17 PM
saida tu saper?
GegarVaganja replied at 14-5-2020 02:14 PM
Motif??
Langsung tak baik okeh.
Bestfriend kena la tak berjumpa selama 13 tahun walaupun dua2 ad ...
dewi_rina replied at 14-5-2020 02:31 PM
Orang tu dah meninggal baru nak mengaku bff ye
Nasib lah orang tu dah meninggal
Kalau hidup lagi ...

ADVERTISEMENT