CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lebih 2 Juta Orang Hilang Kerja Akibat Covid-19, Kerajaan Buat Apa?

14-5-2020 12:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9916| Komen: 51|Original author: Oleh: Cari-Azza



Pengangguran meningkat mendadak dari 600 ribu orang kepada 2.05 juta orang di Malaysia dek kerana pandemik Covid-19. Fakta ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana seluruh dunia kini sedang berhadapan isu global yang sama.

Di Amerika Syarikat misalnya, sebanyak 20.5 juta penduduk mereka kehilangan kerja manakala di Jerman pula dikhabarkan sebanyak 16 juta penduduknya mengalami masalah yang sama, semuanya akibat Covid-19 ini.

Timbul persoalan, apakah yang boleh dilakukan untuk menolong mereka yang sedang mengalami krisis ini? Cukupkah mereka menyara kehidupan hanya dengan duit bantuan? Lebih besar, cukupkah dana kerajaan?


Kredit foto: Twitter

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu menyatakan kadar pengangguran pada Mac 2020 adalah pada 610,500 orang dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta lebih agak menakutkan.

Seorang demi seorang telah mengemas kini status mereka yang kehilangan kerja di media sosial akibat diberhentikan. Jadi, mahu tidak mahu ianya adalah satu norma baharu yang perlu diterima semua orang.


Kredit : Donna

Tetapi, apabila ada ramalan yang menyatakan jika berlaku lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang ada sekarang, ekonomi Malaysia akan lumpuh kerana lebih ramai yang kehilangan kerja.


Kredit foto : Twitter


Jika masalah ini dialami bersama-sama, ianya tidaklah menimbulkan kemarahan orang ramai, namun dalam masa yang sama apabila ada pula kisah politik yang mendedahkan gaji dan elaun mereka yang berpuluh ribu sebulan sedangkan negara berhadapan krisis meruncing ini, ianya sangat memualkan.


Kredit foto : Twiter

Walau apapun, krisis ini harus ditangani secara berhemah oleh semua pihak terutamanya kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyatnya. 

Jangan biarkan rakyat terumbang-ambing mencari sesuap nasi demi untuk hidup sedangkan yang di atas hanya memenuhi tembolok masing-masing. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamatz19 14-5-2020 01:09 PM
tu baru smpai end of mac, belum lg kira april, mei dan jun. bersepah dah kwn2 kena berhenti keje, cuti tanpa gaji, dan potong gaji. pastu takleh nak claim apepe dari perkeso sebab ada yg majikan tak byr perkeso, kwsp tapi tolak gaji bulan2, ada gak yg keje sebagai kontrak jd mmg takde carum kt kwsp dan perkeso, jd mungkin tak termasuk lg dlm perangkaan tu. huhu..
Quote KIM.K 14-5-2020 01:11 PM
Ye ke..kena stop shopping online simpan duit
Quote Boomibulat 14-5-2020 01:32 PM
Yg hilang kje separuh pun ramai jugak..maknanya dpt gj separuh je sbb kje gilir2..syukur la kompeni masih idup..
Quote Artemesiaa 14-5-2020 02:31 PM
Mereka yang masih berkerja bersyukurlah sebab masih ada pekerjaan tak perlu nak mengeluh sana sini kerja sebaik dan seikhlas mungkin pasti ada ganjarannya nanti
Quote LostStar 14-5-2020 03:27 PM
betul tu.. yg masih ada kerja dan  yg reramai wfh tu bersyukur lah.. jangan nak menunjuk sangat dlm medsoc tu beli itu ini makan itu ini.. kesian ke org yg bercatu demi kelansungan hidup..
Quote Orix 14-5-2020 04:43 PM
mamatz19: tu baru smpai end of mac, belum lg kira april, mei dan jun. bersepah dah kwn2 kena berhenti keje, cuti tanpa gaji, dan potong gaji. pastu takleh nak c ...



Cc @addamnor
Quote Mirfi 14-5-2020 06:09 PM
Sedinyaaaaaaaa
Quote Mirfi 14-5-2020 06:09 PM
Semoga allah murahkan rezeki
Quote Cari-Azza 14-5-2020 06:15 PM
Terbaharu dari Bernama

photo6190751416935623275.jpg

Quote salmon-suki 14-5-2020 09:18 PM
Laat April ai cuma dpt komisyen buat few things..and katanya for this month salary potong..sedih hokayyyy...rasa mcm nak balik kg tanam jagung jah..
Quote ina_na 14-5-2020 09:26 PM
Kegawatan ekonomi ni mmg ramai dah jangka akan jd mcm ni.. Malah akan lebih teruk sbb dgn kedatangan covid19.. Ramai dah yg dah start bercucuk tanam sayuran n mcm2 tuk akan dtg.. So mmg kn standby la.. Laki aku dah kn potong gaji 6%..epf company x nak bayo sampai Sept kalo x silap dia ckp td.. So skrg ni potong tuk diri sendiri je la.. Tu blm lg ramai yg gaji bwh 4k dah diberhentikan start awal Jan dl..
Quote Tinot7 14-5-2020 10:01 PM
ina_na replied at 14-5-2020 09:26 PM
Kegawatan ekonomi ni mmg ramai dah jangka akan jd mcm ni.. Malah akan lebih teruk sbb dgn kedatangan ...

Kalau dari awal Jan dah mula diberhentikan keje, graf kat atas tu dah salah.
Quote pokaibanktokyo 14-5-2020 10:12 PM
Dua juta? Engkau lalok lagi ka ?
Quote cmf_premierleag 14-5-2020 11:01 PM
kezen aku susah nk cari keje skang
pastu sbb dia ckp ada satu awek ni selalu bagi janji pelsu
aku tanya la sapo???
dia jwb : [email protected]
Quote hyie 14-5-2020 11:37 PM
LostStar replied at 14-5-2020 03:27 PM
betul tu.. yg masih ada kerja dan  yg reramai wfh tu bersyukur lah.. jangan nak menunjuk sangat dlm  ...

sebab tu tak digalakkan ambik gambar makanan, tayang harta benda kat socmed sebab boleh menimbulkan perasaan kecil hati kat orang yang kurang berkemampuan...dalam Islam pon kalau tak silap ada bagitau, kalau kita tunjuk gambar makanan yang kita makan kat orang lain, kita kena hantar kat dia jugak kalau orang tu teringin macam tu...kawan iols suka naw tayang apa yang dia makan kat fb...rengsa iols dengar...tapi iols tak add heshe lah sebab rimas dan low class suka tayang2 harta eww
Quote bracebintang 14-5-2020 11:38 PM
Edited by bracebintang at 27-9-2022 02:04 PM

--deleted post--
Quote capwayang 15-5-2020 12:06 AM
Dalam pemerhatian aku la secara pribadi Indon, Bangla, Nepal, Pakistan dan Acheh yang berkedai runcit,  yang kerja cuci, kerja bangunan (3D) dan pak guard yang berada di Malaysia macam tak terkesan sangat dengan penangan pandemik covid-19 ni, diorang semua dah mula kerja berbanding kita rakyat tempatan yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Diorang aman-aman je berurus-niaga sesama diorang dalam usaha mengukuhkan kegawatan ekonomi masing-masing. Walau bukan semua tetapi rata-rata diorang ni ha...ppy sangat sejak PKPB dilaksanakan 4 mei lepas sebab dah boleh sambung kerja..
Quote epuepy 15-5-2020 12:32 AM
bracebintang replied at 14-5-2020 11:38 PM
My husband baru je dpt termination letter last week dgn alasan company tak cukup fund nak byr gaji.  ...

Sabar la sis.. Harap2 ada sinar baru buat sis lepas ni. Mmg sakit bile Dua2 side kena terminate
Quote epuepy 15-5-2020 12:35 AM
Hm. Ada x sesape yg predict bile ekonomi nk pulih balik? Sengsara la.. Tp stil bersyukur masih keje walaupun workload makin tambah

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.511265 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top