Pengangguran meningkat mendadak dari 600 ribu orang kepada 2.05 juta orang di Malaysia dek kerana pandemik Covid-19. Fakta ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana seluruh dunia kini sedang berhadapan isu global yang sama.
Di Amerika Syarikat misalnya, sebanyak 20.5 juta penduduk mereka kehilangan kerja manakala di Jerman pula dikhabarkan sebanyak 16 juta penduduknya mengalami masalah yang sama, semuanya akibat Covid-19 ini.
Timbul persoalan, apakah yang boleh dilakukan untuk menolong mereka yang sedang mengalami krisis ini? Cukupkah mereka menyara kehidupan hanya dengan duit bantuan? Lebih besar, cukupkah dana kerajaan?
Kredit foto: Twitter
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu menyatakan kadar pengangguran pada Mac 2020 adalah pada 610,500 orang dan dijangka akan meningkat sehingga dua juta lebih agak menakutkan.
Seorang demi seorang telah mengemas kini status mereka yang kehilangan kerja di media sosial akibat diberhentikan. Jadi, mahu tidak mahu ianya adalah satu norma baharu yang perlu diterima semua orang.
Kredit : Donna
Tetapi, apabila ada ramalan yang menyatakan jika berlaku lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang ada sekarang, ekonomi Malaysia akan lumpuh kerana lebih ramai yang kehilangan kerja.
Kredit foto : Twitter
Jika masalah ini dialami bersama-sama, ianya tidaklah menimbulkan kemarahan orang ramai, namun dalam masa yang sama apabila ada pula kisah politik yang mendedahkan gaji dan elaun mereka yang berpuluh ribu sebulan sedangkan negara berhadapan krisis meruncing ini, ianya sangat memualkan.
Kredit foto : Twiter
Walau apapun, krisis ini harus ditangani secara berhemah oleh semua pihak terutamanya kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyatnya.
Jangan biarkan rakyat terumbang-ambing mencari sesuap nasi demi untuk hidup sedangkan yang di atas hanya memenuhi tembolok masing-masing. - CARI
|