CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Langgar PKP Nak Hilangkan Serangan Panik

29-4-2020 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4116| Komen: 25

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan seorang doktor membayar denda RM800 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan itu dibuat sebaik tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.


Sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan, dia diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara sebulan dan tertuduh membayar denda itu.

Menurut BERNAMA, Dr Kanwaljit Singh Gill Chatranjan Singh, 41, mengaku keluar rumah ketika PKP dengan alasan untuk menghilangkan serangan panik.

Mengikut pertuduhan, doktor di sebuah klinik itu didakwa bergerak dari Jalan Vethavanam, Batu 3 3/4 Off Jalan Ipoh, ke suatu tempat lain di Jalan Horley, Bukit Bintang yang merupakan kawasan tempat jangkitan jam 9.45 malam pada 20 April lalu.


Gambar hiasan

Dr Kanwaljit didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum bawah Peraturan 11 (1) peraturan sama.


Bagi pertuduhan itu, dia boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Ahmad Nabil Abd Rani daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh kini tidak bekerja dalam tempoh PKP.

Katanya, Dr Kanwaljit juga menanggung bapa menghidap penyakit jantung, manakala ibunya menghidap kencing manis.

Tertuduh dikatakan mengalami serangan panik ekoran lama terperuk di rumah berikutan PKP.

"Justeru tiada jalan lain, dia terpaksa keluar rumah," katanya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • PamilaRBowman

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-4-2020 03:48 PM
Panic attack?

Quote sarah82 29-4-2020 03:54 PM
Panic attack mcm2 cara.. Aku pernah tengok dgn mata kepala sendiri.. Jadi aku simpan kecam..tapi.. Woii syg rm800 terbang.. Duit tu boleh guna utk mak bapa ang.. Tapi dr kan.. Mesti kayoo
Quote DARSITA 29-4-2020 04:01 PM
Kalau ada prob elok jumpa pakar. Jangan sendiri sendiri BAHAYA!

tgk ini - top NY doktor bunuh diri.

https://www.yahoo.com/news/coron ... akes-035823014.html
Coronavirus: Top NYC doctor takes her own life

Dr Lorna Breen, who was medical director of the emergency department at New York-Presbyterian Allen Hospital in Manhattan, died of self-inflicted injuries on Sunday, police said.

The 49-year-old's father, Dr Philip Breen, told the New York Times: "She tried to do her job and it killed her."

New York accounts for 17,500 out of America's coronavirus 56,000 deaths.

The elder Dr Breen said his daughter had had no history of mental illness. She died in Charlottesville, Virginia, where she had been staying with her family.

Lorna Breen herself had fallen ill with the coronavirus during the course of her work and returned to the job after about a week-and-a-half of recuperating, said her father.

The hospital had sent her home again, before her family "intervened" to bring her to Charlottesville, said her father.
Quote chinta89 29-4-2020 04:44 PM
Owh panic mcm ni ade? Tp tu lah salah tetap salah.
Quote orgsepang 29-4-2020 04:52 PM
Bahaya juga bila doktor tak boleh kawal panik. Bayangkan kalau dia sedang merawat pesakit yang panik dan dia pun panik.
Quote Catpaw 29-4-2020 04:58 PM
Dr phd ke tidak bekerja? Bukan semua doktor aibuk sekarang ni?
Quote insulin 29-4-2020 05:32 PM
Denda rm800? Kiranya dia dapat diskaun sebanyak rm200 ke?
Quote qicki 29-4-2020 05:40 PM
insulin replied at 29-4-2020 05:32 PM
Denda rm800? Kiranya dia dapat diskaun sebanyak rm200 ke?

kan....terpikir jugak.....sbb panic attack tu ke
Quote matchstick 29-4-2020 05:41 PM
Iyo lah panic attack..entah2 ko nk pegi minum todi kt BB tu
Quote insulin 29-4-2020 05:41 PM
qicki replied at 29-4-2020 05:40 PM
kan....terpikir jugak.....sbb panic attack tu ke

Hakim bersimpati dengan pesalah kerana tidak bekerja Dan Ada tanggungan.
Quote qicki 29-4-2020 05:42 PM
insulin replied at 29-4-2020 05:41 PM
Hakim bersimpati dengan pesalah kerana tidak bekerja Dan Ada tanggungan.

oooo......ada reason kukuh la ye....ok2
Quote unguaurora 29-4-2020 05:44 PM
Doktor apa ni?
Quote unguaurora 29-4-2020 05:45 PM
Doktor haiwan kot
Quote GigaMom 29-4-2020 06:00 PM
Catpaw: Dr phd ke tidak bekerja? Bukan semua doktor aibuk sekarang ni?


Sama lah heran.
Doktor lain nak tdur pun x sempat
Quote delia3003 29-4-2020 06:06 PM
Panic attack, tapi jauh jugak merayap...bukan lagi bahaya ke? Jgn pandai2 cari alasan pulak.
Quote R2D2 29-4-2020 06:26 PM
yg kes amoi memandu lawan arus pun alasan panik jugak
Quote fliphair8 29-4-2020 08:27 PM
Ngaku salah hakim bagi muka skit. Apa2 doc pun manusia biasa gak......
Quote LadyCarefree 29-4-2020 08:59 PM
Bergeraklah dalam lingkungan 10km. Pergi mall beli groceries ke farmasi ke jalan2 dalam tu ja. Atau jenjalan kt blok deretan kedai2.
Quote Carcosa 29-4-2020 09:18 PM
Panic attack sbb bini byk bebel ka?
#doneNganjing

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.170040 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top