Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini, Dr Nadia Abdul Kadir berkongsi pengalamannya membeli kuih untuk dijadikan juadah berbuka puasa secara pukal. Loading FB Post... Dedahnya, penjual terbabit telah menetapkan harga bagi setiap kuih lepat labu dan tepung bungkus RM5 bagi setiap 10 biji kuih (set). Caj penghantaran pula adalah RM3.
Katanya, dia membuat 33 pesanan dan jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM165. Penjual telah bersetuju caj penghantaran kesemua juadah tersebut adalah RM15. Dr Nadia turut meminta setiap pesanan dibungkus secara berasingan kerana kuih itu dari pembeli berbeza-beza dan ia dipersetujui penjual berkenaan. Sebaik pesanan diterima, Dr Nadia terkejut dengan caj penghantaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM99 (RM3 bagi setiap satu pesanan), caj per kepala berbeza dengan caj yang telah dipersetujui sebelum ini. Oleh kerana penjual tiba lambat untuk menghantar makanan tersebut dan pihak pembeli juga kesuntukan masa kerana sudah tamat waktu kerja, maka mereka bayar sahaja kesemuanya. Dr Nadia berasa sedikit terkilan kerana pihak penjual mungkir janji dengan caj penghantaran yang dipersetujui sebelum ini. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan Dr Nadia. Penjual sebaiknya perlu lebih telus dalam perihal caj-caj serta terma dan syarat yang akan dikenakan pada pelanggan. Agak tidak masuk akal apabila pembelian itu dikira caj per kepala kerana penghantaran dibuat pada satu tempat yang sama. Yang pasti, penjual ini telah hilang pelanggan yang berpotensi untuk terus membeli kuih daripada beliau, kan? - CARI |
ADVERTISEMENT