CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruterbang Kesan Bot PATI Rohingya Antara 6 Pegawai Naik Pangkat

27-4-2020 04:03 PM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 6435| Komen: 52|Original author: Oleh: Straya


Upacara Kenaikan Pangkat Pegawai TUDM. 
Kredit foto: Facebook TUDM


Memetik laporan Sinar Harian, juruterbang pesawat C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjaya mengesan bot pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya di perairan Langkawi pada 16 April lalu, antara enam pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.


Menurut portal rasmi TUDM, selain dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel, Mejar Faizul Hussien Ismail turut memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron (Skn).


Difahamkan, Faizul mengetuai skuadron tersebut sejak Januari lalu setelah mengambil alih tugas daripada Leftenan Kolonel Azril Omree Hasbullah.



Upacara kenaikan pangkat itu disempurnakan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan di markas TUDM pada 20 April lalu.


Selain Faizul, lima lagi pegawai turut dinaikkan pangkat iaitu Mejar Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad sebagai Ketua Skn Charlie Cawangan Pengurusan Operasi Udara, JBPM; Mejar Muhammad Halid Abdul Hamid (PS 1 Komunikasi Markas Nukleus Operasi Bersama, ESSCOM) dan Mejar Balasubramaniam Maruthamothoo (Ketua Cawang Tadbir PU Sendayan) serta fua pegawai lain; Mej Yusnizam Mohamad Jalil (Ketua Cawang Tadbir KTU) dan Mejar Roslan Al Mustaffa (Ketua Cawang Operasi KTU).



TUDM berjaya mengesan sebuah bot yang membawa 200 PATI Rohingya pada kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi pada 16 April lepas melalui pengawasan udara menggunakan pesawat C-130H sebelum dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menuju ke lokasi berkenaan.


Sebuah helikopter turut dihantar bagi mendapatkan gambaran jelas penumpang bot yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak sebelum dua kapal berkenaan memintas dan mengiringi bot berkenaan keluar dari perairan negara.


Sangat besar jasa mereka yang mengawal perairan laut kita daripada ditembusi pendatang tanpa izin. Syabas TUDM. - CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 27-4-2020 04:06 PM
Yg thread lagi satu tu kata dah selamat mendarat ..apa kes..
Quote fizzyperrier 27-4-2020 04:10 PM
Elle_mujigae replied at 27-4-2020 04:06 PM
Yg thread lagi satu tu kata dah selamat mendarat ..apa kes..

few naik pangkat ...few turun pangkat la...adil


heereeeee
Quote Akumagoukioni 27-4-2020 04:11 PM
Terbaik.




Quote hyie 27-4-2020 04:11 PM
Elle_mujigae replied at 27-4-2020 04:06 PM
Yg thread lagi satu tu kata dah selamat mendarat ..apa kes..

thread mana sis?
Quote sarah82 27-4-2020 04:16 PM
Tahniah.
Quote lurve82 27-4-2020 04:17 PM
smart plak abam tudm yg dpt pingat tu...
Quote naina 27-4-2020 04:26 PM
moral utk mereka supaya lebih peka menjaga perairan malaysia
Quote Skuau 27-4-2020 04:27 PM
Elle_mujigae replied at 27-4-2020 04:06 PM
Yg thread lagi satu tu kata dah selamat mendarat ..apa kes..

kan..kat mana dh 'simpan' drng ni sumer???
Quote mejaputih 27-4-2020 04:34 PM
takde cara lain ke nak menyemat pingat tu? takde social distance nmpknya upacara ni...sorry jgn kecam iols...
Quote 234126 27-4-2020 04:55 PM
Tahniah!! Teruskan usaha. Malaysia perlukan team mcm ni. Takda suapan under table tutup kes.
Quote Elle_mujigae 27-4-2020 04:56 PM
hyie replied at 27-4-2020 04:11 PM
thread mana sis?

Tak jumpa pula tapi cuba sis search kat fb rohingya mendarat..ada video wakil rakyat langkawi buat press conference beritahu 5 April hari tu 202 rohingya mendarat kat langkawi dpn hotel ritz carlton.. macam mana boleh bolos! Geramnya ..siapa yg jaga perairan negara kita ni..tak buat kerja ke?!
Quote Tinot7 27-4-2020 06:06 PM
tahniah. teruskan pemantauan
Quote antoofighter 27-4-2020 06:59 PM
Tahniah..Tapi jangan lupa tugas anda belum lagi selesai..banyak lagi bot-bot dari luar malaysia dalam perjalanan kemari...Sila gempur habis-habisan
Quote Artemesiaa 27-4-2020 07:02 PM
Syabas buat beliau, buat jasa pasti ada habuannya
Quote hyie 27-4-2020 07:13 PM
Elle_mujigae replied at 27-4-2020 04:56 PM
Tak jumpa pula tapi cuba sis search kat fb rohingya mendarat..ada video wakil rakyat langkawi buat ...

habislah lepas ni langkawi jadi pprt...dahla diorang memang ada penempatan haram kat situ...
Quote uori 27-4-2020 07:18 PM
mendarat kat langkawi ke?
iols baru fefeeling nak menua kat sana nanti.
bina umah comel2,
hidup bersederhana di langkawi gituuu

nampaknya kena kensel
Quote evlinne 27-4-2020 09:28 PM
Kenapa xde cina yg jadi tentera, bomba
Klau polis ada la jugak cina masuk
Quote namieamuro 27-4-2020 09:56 PM
hmmm..smlm tgk video yb Kuah Langkawi berucap psl kejadian boat rohingok..ade 2 boat rupenye..1 besa, yg 400 org yg berjaye ditahan dan dihalau..1 lg boat kcik muat 200org

yg boat kcik cap kayu je bawak 200 org slmt mendarat kt area Hotel Ritz...dh dibawak masok kt mane tah die sebut..hmmm...

mcmne boat tongkang cenggitu tak bole kesan..mcmne? hmmm..
Quote namieamuro 27-4-2020 09:58 PM
hyie replied at 27-4-2020 07:13 PM
habislah lepas ni langkawi jadi pprt...dahla diorang memang ada penempatan haram kat situ...

FB_IMG_1587716896292.jpg

dlu kcik je..skrg dh smpi ke laut..merebak.takkan xde sape pantau? mcmne sng2 dorg luaskan penempatan ni..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080350 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top