CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Siapa Yang Terlepas, Polis Siasat Nurul Hidayah Ahmad Zahid

26-4-2020 10:45 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12384| Komen: 54|Original author: Tukang Tulis

Description: Dia dan suami didakwa melanggar PKP.
Kredit foto: Instagram

Dakwaan orang ramai kononnya pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tersasar sama sekali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Huzir Mohamed berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Siasatan turut dilakukan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 3) kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

"Kedua-dua mereka telah pun diambil keterangan pada 24 April 2020. Setelah siasatan dilengkapkan, PDRM akan merujuk kertas siasatan tersebut kepada Pejabat Peguam Negara.


"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah PDRM tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan perlanggaran ini," katanya melalui kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

Kredit foto: Instagram
Beliau turut menegaskan, tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara dengan sengaja.

Baru-baru ini, Nurul Hidayah memuat naik gambar-gambar beliau dan suami menziarahi dua menteri Kabinet di Putrajaya.

Kredit foto: Instagram
Ekoran perbuatan itu, netizen mempersoalkan sama ada mereka berdua dibenarkan untuk bergerak dalam keadaan PKP dikuatkuasakan.

Dengan penjelasan daripada PDRM ini, diharap tiada lagi spekulasi tidak berasas tentang isu Nurul Hidayah dan suami yang didakwa melanggar PKP. - CARI

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aquapanna 26-4-2020 10:48 AM
formality....ibarat game monopoly..just bypass the jail and collect $200...

haaaaaaaaaaa
Quote LadyCarefree 26-4-2020 11:12 AM
Buat lah report psl dia pi grocery shopping berdua.
Quote weezerfan 26-4-2020 11:13 AM
Alah formality je tu nk bg rakyat senyap. Mcm x biasa.. Gomen pon backdoor
Quote ffbeauties 26-4-2020 11:21 AM
Kalau di forum cuma guna balik ayat yang dia guna untuk netizen pun kena ban
And i wonder...
Quote Anne.W 26-4-2020 11:23 AM
I reserved my comment dulu. Nk lihat nnt kertas tuduhan dan hukuman..  Br komen. Hee
Quote Steelheart 26-4-2020 11:26 AM
Cuma nk tanya knp kena refer AG? kari kepala kambing kt kedah nun terus denda or masuk jail....
Quote otai_g 26-4-2020 11:27 AM
siasat punya siasat, at last kes gugur kan?

buang ms polis yg menyiasat kes ni je sbb yg mendakwanya peguam negara.
Quote Madel 26-4-2020 11:37 AM
Dia punya aura sombong ego berlagak pekat melekat.
Quote ResellerMaxis 26-4-2020 11:41 AM
[twitter]https://twitter.com/nblryfs/status/1253706633881874432?s=21[/twitter]
Quote nikaido 26-4-2020 11:51 AM
Kalau rakyat marhean kena saman on the spot macam dlm video family yg kena tahan roadblock otw ziarah kematian haritu
Quote epal21 26-4-2020 12:00 PM
Whoayus sangat nak bagi pendapat.
Quote Covid19 26-4-2020 12:00 PM
Iyolah tu.....
Quote nolya 26-4-2020 12:01 PM
Segala isu yg tercetus dari kesombongan Nurul Hidayah dn begitu berprotokol  tindakan yg akan diambil oeh pihak berkuasa, I can only say that it is very very sickening. Kenapa khusus untuk dia harus ada kertas siasatan, kemudian diserahkan kpd pej peguam negara dn kesudahannya apa?  Eh! menyampahlah dgn skenario ni.
Quote KIM.K 26-4-2020 12:07 PM
Takperlu buat report cuma aduan tak rasmi saja pun polis boleh panggil. Kita nak bagi teguran bukan pelingkup. Itupun takpayah la rasanya just kecam pon dah cukup malu
Quote naina 26-4-2020 12:24 PM
baju apa dia pakai tu? nampak so gemuk kepampus
Quote Cassieopeia 26-4-2020 12:25 PM
i husnuzon yg dia dr rumah lain sbb dia ni 2nd wife kan. so husband dia dr rumah 1st wife, kete lain2 gitu. #moodjagapose
Quote famri7 26-4-2020 12:37 PM
Kepam dan busuk fashion bodoh apa
Quote rainbowrainz 26-4-2020 01:03 PM
Gemoksss betul kaklong ke sbb baju tu??eh bln posa ni tau
Quote syakuntala 26-4-2020 01:48 PM
harap integriti dlm mjlnkan tugas yer

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top